Katanya, beliau juga kesal apabila Shabudin tidak hadir untuk minum kopi bersamanya di Pejabat Ketua Menteri, KOMTAR di Georgetown, hari ini, untuk bersemuka dengannya bagi mendapatkan fakta berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn.
“Ternyata anggapan saya salah apabila beliau (Shabudin) tidak hadir hari ini. Jika beliau benar, kenapa tidak hadir untuk berjumpa dengan saya di hadapan media?
“Saya kesal apabila beliau hanya berani membuat tuduhan di dalam Parlimen sahaja. Jika beliau benar mempunyai maklumat bahawa saya ‘makan duit’, saya cabar beliau menyatakan di luar Parlimen supaya saya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana memfitnah saya,” katanya kepada media, lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP itu mendakwa tuduhan berkaitan rasuah oleh Shahbudin di Dewan Rakyat tidak berasas apabila mengaitkan pembelian banglo itu dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada 2012 kepada pemaju swasta untuk pembinaan hospital swasta dan hotel.
Kata Guan Eng, tiada apa yang akan disembunyikannya berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta itu dan beliau mahu mendengar sendiri apa fakta yang mendorong Shabudin membuat tuduhan sedemikian. -FMT
Isu rumah: Guan Eng bawa media melawat rumahnya
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng membawa lebih 30 petugas media ke rumahnya di Jalan Pinhorm di sini bagi menepis semua fitnah dan tohmahan ke
atas pembelian rumahnya itu.
Guan Eng menjemput kesemua media yang menghadiri sidang medianya di Komtar untuk membuat lawatan itu bagi melihat sendiri kondisi rumahnya itu.
Menurutnya, dia adalah satu-satunya Ketua Menteri yang berani bertindak demikian dan tindakan itu dilihat pertama kali dibuat oleh seorang pemimpin negeri.
"Saya tidak tahu sama ada tindakan saya ini akan menjadi amalan kepada Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri lain. Adakah mereka berani dan cukup telus untuk buat apa yang saya lakukan hari ini?
"Rumah ini rumah biasa sahaja berbanding rumah pemimpin lain. Saya tidak faham mengapa pembelian rumah ini menjadi isu besar dan saya yakin, ia adalah fitnah ke atas saya," katanya kepada media di rumahnya tadi sambil ditemani isterinya, Betty Chew. -SH
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon:
Catat Ulasan