Selasa, 26 Februari 2013

Panas: Mahathir sanggup bersumpah dan junjung Al Quran

Setelah sekian lama isu penganugerahan kontrak minyak PETRONAS kepada syarikat PETRON milik anak Mahathir berkumandang, hari ini Mahathir tampil dengan penafian dan sanggup bersumpah dengan menjunjung Alquran.

Isu panas yang dilabelkan sebagai kroni dan untung anak beranak itu boleh rujuk

di sini dan di sini






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Mahathir dalam laporan BERNAMA hari ini berkata;


Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat dalam membuat keputusan berhubung dakwaan pemberian kontrak Petronas kepada anaknya.

Malah, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau cuma diberitahu oleh Presiden Petronas selepas kontrak itu diberikan dan beliau sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Al-Quran berhubung perkara itu.

"(Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.



Sebagai orang yang bodoh dungu berbanding Mahathir dalam soal bisnes kroni, PBO pun pelik dengan pengurusan PETRONAS yang untungnya berbillion ringgit. Bukannya suatu bisnes keuntungan seribu dua setahun, berbillion!!

Mustahil sang penasihat syarikat gergasi ini hanya duduk diam dan menerima laporan.


Dr Mahathir berkata walaupun digelar sebagai penasihat Petronas, beliau tidak memberi apa-apa nasihat kepada syarikat itu.

"Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan Perdana Menteri lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya," katanya.

Katanya tiada seorang pun anaknya mendapat tempat dalam kerajaan atau dalam parti ketika beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Beliau menjelaskan beberapa kali nama mereka dicalonkan tetapi tidak membenarkannya sehingga beliau bersara, begitu juga tiada kontrak kerajaan yang mereka perolehi.

"Jika mereka berjaya sama ada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir berkata Petronas tidak memberi peluang kepada anaknya sahaja ketika beliau menjadi penasihatnya dan orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.


PBO lihat ada dua nama besar yang kalau diikutikan penafian Mahathir, dua orang ini kena jawab. Najib dan pengerusi Petronas itu sendiri. Soalan yang kena jawab kenapa kontrak itu diberikan kepada anak Mahathir penasihat Petronas itu.

Perkara ini lebih mudah. Kalau Mahathir ingin dipandang bersih bukannya susah. PBO berpendapat semasa pengerusi memberitahu syarikat anak beliau dipilih, beliau boleh menasihati Petronas untuk menolak dan memerikan kepada syarikat yang lain. Bukan syharikat dia sahaja yang berkemampuan di muka bumi ini.

Tapi apa boleh buat, kroni dan untung anak beranak lebih utama. Kau tunggu sahaja pakatan menang dan tawan Putrajaya pada PRU 13 nanti, pasti akan dibongkarkan segalanya.

Sebab itulah agaknya Mahathir takut benar kalau UMNO/BN dan kuncu-kuncunya tumbang, rujuk di sini

Kalau Mahathir nak bersumpah dipersilakan, kenapa nak babitkan dan dan ajak orang lain turut bersumpah. sekian dari pen buruk online, bukan pen burok online ye hehehehe

link copy paste:

http://penburukonline.blogspot.com/2013/02/panas-mahathir-sanggup-bersumpah-dan.html



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

C++ berkata...

Bhai PBO...

Sekejap bhai.... err... nak junjung Al Quran... hahaha... Al Quran tue kalam jer... ader orang boleh buat bantal lagi.... takder maknanyer nak junjung Al Quran... tapi takmo nak beriman dengan Al Quran.... takder maknanyer...

Unta yang memikul beribu kitab pon tak pandai gak.... hahaha...

PBO™ berkata...

C++

komen ko tu sensitif sikit bro. aku tak nak campur.

yang aku nak cakap biar dia nak bersumpah ke apa ke. kalau lepas dunia, mahkamah akhirat ada.

Unknown berkata...

A'kum

Boleh pakai ker sumpah orang nyanyuk?
Dia sendiri mengaku dia dah nyanyuk!

Kalau Mahathir bercakap benar, dia boleh saman Anwar kerana fitnah dan menjejaskan nama baiknya.... nama baik?

Unknown berkata...

Mahathir bapak pembohong besar, bapak munafikun. Dalam UMNO bersumpah dengan menjunjung Quran biasa je. Org dan hairan lagi dgn kenyataan org2 UMNO. Bagi mereka, asal bersumpah junjung Quran boleh buang kes.

Unknown berkata...

Mahathir bapak pembohong besar, bapak munafikun. Dalam UMNO bersumpah dengan menjunjung Quran biasa je. Org dan hairan lagi dgn kenyataan org2 UMNO. Bagi mereka, asal bersumpah junjung Quran boleh buang kes.

opisboi berkata...

masalahnya dia percaya pada al-quran?mamak pedukang tua kutuk tak mamposh2 akan buat apa saja demi survival dia anak beranak..umat mlayu kena blaja dr sejarah keruntuhan kesultanan melayu akibat perbuatan moyang madey mamak pedukang situa kutuk tak mamposh2.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya lebih elok kalau dia bersumpah kat mahkamah..boleh rakyat seluruhnya ikut berbicaraan tu...

PBO™ berkata...

hehhee relek bang Salman Ali. marah nampak? Kalau marah kita pangkah PR pru13 nanti.. :)kekeke

Tanpa Nama berkata...

'BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH ' SAYA CABAR TUAN-TUAN MINTA ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH LAKNAT KALAU SEGALA DAKWAAN SELAMA INI TERHADAP BELIAU ADALAH FITNAH SEMATA-MATA. NAMA SAJA ORANG ISLAM, TAPI TIDAK MEMPERCAYAI MUKJIZAT AL-QURAN. BUKAN KAH MEMPERCAYAI ALQURAN ITU SALAH SATU RUKUN IMAN JANGAN KERANA POLITIK KITA BUTAKAN MATAHATI KITA DARI KEBENARAAN. SAYA SANGGUP SOKONG ANWAR KALAU BELIAU SANGGUP BERSUMPAH LAKNAT MENAFIKAN PERILAKU LIWAT BELIAU SELAMA INI. INSYALLAH..