Isnin, 16 Julai 2012

Terjah: Kaut untung anak beranak, Mahathir malukan negara

KUALA LUMPUR 16 Julai: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahgunakan pengaruhnya untuk mengaut keuntungan demi kepentingan peribadi memalukan negara, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, Teras kesal pemberian bekalan minyak pesawat MAS kepada Petron iaitu syarikat milik anaknya, Mirzan yang juga dikaitkan dengan pembelian sebuah syarikat perusahaan arak, San Miguel.








“Tun Mahathir sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan Petronas mendahului segala kepentingan peribadi kerana ia adalah aset negara dan ini bukan kali pertama beliau melakukan penyalahgunaan pengaruhnya untuk memastikan anaknya mendapat tender besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Azmi juga mendesak kerajaan memberi penjelasan mengapa syarikat milik negara disalahguna kepada syarikat peribadi.

“Kerajaan perlu jelaskan kenapa syarikat penting milik negara seperti Petronas dan MAS harus ditundukkan kepada sebuah syarikat peribadi yang boleh menjejaskan kepentingan kedua-dua syarikat strategik kerajaan.

“Terlalu banyak perundingan urusniaga di negara ini yang mengutamakan kroni lebih dari kepentingan negara. Apakah perkara ini akan terus diuruskelola dengan cara sumber negara difaraid sesama kroni yang tidak mempunyai agenda utama selain dari mengaut keuntungan lumayan,” tegas beliau.

Beliau juga mengkritik budaya kronisme dalam pentadbiran negara yang masih kukuh dan mendapat rangsangan kuat di kalangan pemimpin dan bekas pemimpin negara.

“Bermula dari kes tender secara rundingan terus sehingga kes anugerah kepada syarikat tanpa ketelusan dan tanpa tender terbuka, negara ini jelas mengabsahkan amalan kronisme yang sangat ketara.

“Teras berani mengatakan tidak ada kontraktor dalam kelas apa sekalipun di negara ini yang dapat menafikan betapa proses pemberian tender sarat dengan amalan kronisme dan rasuah,” kata Mohd Azmi.

Katanya, Teras juga mendapati punca utama sesuatu projek menjadi terlalu mahal disebabkan budaya kronisme dan rasuah.

“Sistem kronisme dan rasuah yang menjadi sangat lazim di negara ini adalah faktor utama kenapa suatu projek menjadi sangat mahal.

“Lebih malang lagi, tender diberikan kepada sebuah syarikat yang mengenepikan syarikat kerajaan yang strategik padahal syarikat itu sepatutnya lebih diutamakan kerana ia mempunyai kepentingan negara,” kata beliau lagi. (keadilandaily)

sumber sini

PBO: Ya Allah, panjangkan lah usia Tun Mahathir.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: