“Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani.
“Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron,” kata Ketua Pembangkang itu lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam di Dewan SJKC San Yuk, Kampung Kenanga, Rawang, baru-baru ini.
Ketua Umum KEADILAN itu menambah, Mahathir adalah penggerak utama dan pencetus kepada kronisme yang semakin membiak dan telah menjadi darah daging Umno Barisan Nasional.
“Sebab utama Mahathir takut saya akan menjadi Perdana Menteri kerana saya akan membasmi dan menghapuskan segala bentuk kronisme, mengaut keuntungan untuk kepentingan anak-beranaknya…,” kata Anwar.
Beliau turut membidas tindakan Najib Razak kerana meluluskan kontrak pembelian minyak dengan Petron.
“MAS di bawah telunjuk penasihat mereka, Mahathir Mohamad dengan bantuan Datuk Seri Najib telah meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari syarikat anak Mahathir sendiri iaitu Petron.
“MAS dipaksa untuk tidak membeli minyak lain selama enam bulan selain minyak dari syarikat Mirzan dan tindakan ini telah menyebabkan kerugian berkali ganda untuk MAS sendiri.
“Apa puncanya mereka rugi? Puncanya adalah perangai pemimpin Umno yang dibawa oleh Mahathir yang mengalakkan pemberian keuntungan untuk kroni dan anak-beranak,” tegas beliau.
Anwar turut mengulas mengenai Tol Lebuh Raya Utara Selatan yang masih belum dihapuskan untuk BN terus meraih keuntungan.
“Tol Lebuh Raya Utara Selatan adalah milik syarikat Umno iaitu syarikat Hati Budi dan duit keuntungan daripada tol itu dikaut bersama oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Selepas mengaut keuntungan lebih 30 tahun, tol tersebut masih tetap ada.
“Ia sangat berbeza sekali dengan Washington, setelah cukup mendapatkan keuntungan selama 20 tahun, mereka tutup terus tol tersebut untuk tidak mahu terus memberi beban kepada rakyat,” kata Anwar.
“Sekarang, Najib pula meneruskan prinsip kronisme ini dengan mengaut keuntungan dari kroninya, Syed Mokhtar (Bukhary). Inilah dia (perangai) Umno kaut untung dan biarkan rakyat menderita,” katanya.
sumber sini
PBO: ini pasai la kenapa geng UMNO beriya-iya ingin mempertahankan putrajaya. mereka ingin mempertahankan legacy rompakan mereka. perut kena jaga. ayuh tumbangkan UMNO!
1 respon:
sampai bilakah agaknya pemimpin2 melayu yg BANGSAT nih nak berhenti menzalimi rakyat terutamanya gulongan yg miskin?
tak cukup lg kah tembolok kamu sejak berzaman mencekik duit haram?
tp satu masalah utama....bila lg rakyat nak celik dan sedar. sudah sekian lama rakyat diperlembukan, tak kanlah kita harus terus2an membiarkan perompak2 ini bermaharajalela.
bangunlah raykat....bangunlah bangsa ku....mari kita KUBURKAN UMNGOK dlm pru13 nanti.
Catat Ulasan