Ahad, 11 Oktober 2020

Bodo, bangang atau fobia hilang kuasa?

Sebut sahaja tentang 13 Oktober 2020. Satu tarikh keramat yang sangat ditakuti oleh gerombolan tebuk atap. Maka COVID - 19 dan memulihkan ekonomi negara menjadi pemanis mulut dan lidah untuk berbicara bohong sepanjang zaman.

PANAS

Diri mula kepanasan. Anwar tidak main-main. Warkah mohon mengadap Agong sudah dicanang. Istana sudah keluarkan kenyataan rasmi. Anwar dibenarkan mengadap 13 Oktober. Maka melompatlah gerombolan tebuk atap.

desprados

Terbaru ada pemimpin gerombolan tebuk atap kata Anwar 'desprados' dan paling bodoh sekali bila kata Anwar guna taktik kotor heret pihak istana.

Mandat rakyat

diberi pada Pakatan Harapan. Bukan UMNO dan PAS. Tidak sama sekali. Itu fakta. Fakta juga menyebut, UMNO dan PAS menempek pada PN untuk membentuk kerajaan. Melalui istana. itu fakta. Dan jika Anwar mengadap Agong untuk mempersembahkan majoriti melalui istana. Di mana yang dikatakan taktik kotor?

Bodoh atau fobia kehilangan kuasa?

Isu ini nampak sama tapi beza. Beza kerana Anwar akan cuba kembalikan hak rakyat. MANDAT RAKYAT melalui pru 14. Tapi PAS bukan melalui pilihanraya. Jadi Menteri melalui "pengkhinatan" beberapa ahli politik. Itu fakta. Jom kita kira, berapa bulan jadi Menteri? 22 bulan dengan 7 bulan mana lebih lama?

KUASA

Inilah yang sangat ditakuti oleh pemimpin tebuk atap. Takut kehilangan kuasa. Kalau benar sayangkan rakyat. Benar-benar pedulikan rakyat kerana covid 19. Lepaskan kuasa secara aman. Muhyiddin tak perlu nak cadang bubar parlimen. Jadi tiada la pilihanraya. Tiadalah risiko covid 19. Anwar kata dia dpat majoriti. Habis cerita. Tapi sayang. bila dah peluk jawatan .. mana mungkin PAS akan sayangkan rakyat. sanggup pilihanraya .. betul kan?

BUBAR PARLIMEN

Percayalah, sikit masa lagi bila Anwar sudah buktikan ahli parlimen yang menyokong beliau. Nada perang covid 19 akan bertukar, tukar kepada bubar parlimen. Siapa sebenarnya pengkhianat rakyat? Yang boleh berfikir, sila berfikir. Yang bodoh biarkan dengan kebodohan itu.

Jumaat, 25 September 2020

Muhyiddin ditekan?

TEKANAN UNTUK MUHYIDDIN Dikala "kesombongan" PN dan MN kononnya menjuarai hati rakyat. Anwar hadir membuat percaturan politik Malaysia semakin menarik. Beliau mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan kembali yang diambil oleh gerombolan tebuk atap. Hari ini dan semalam, seorang demi seorang ahli politik UMNO tampil untuk menafikan kerjsama dengan Anwar dan PH. Malah akhbar harian tempatan yang kebanyakkan menggunakan "HARIAN" di belakang jenama mereka cuba dan terus mencuba untuk meracuni rakyat dengan apa yang dizahirkan Anwar pada 23 September lalu. Tertarik dengan "ramalan" Tun Mahathir, UMNO mempunyai "syarat" tertentu untuk memihak PH mahupun PN yang diterajui Muhyiddin. Sudah tentu ini menjadi "ujian" yang berat untuk Muhyiddin terutamanya untuk mengekalkan "kebersihan imej" ketika menentang UMNO dan BN satu ketika dulu. Untuk rekod, Muhyiddin merupakan salah seorang "penentang" salah guna kuasa Najib dan 1MDB. Kini UMNO telah memberi pilihan kepada PN untuk terus menyokong mereka. Tapi apa syaratnya? Mungkinkah isyarat supaya kes-kes mereka "dimenangkan"? Malah dalam sistuasi ini, begitu juga dengan Anwar. Persoalan yang timbul, apakah Muhyiddin dan Anwar sanggup "mengadai" prinsipnya untuk mengekalkan kerajaan PN?

Rabu, 23 September 2020

Rahsia Anwar rakus dan gila kuasa!!

Begitulah tajuk yang dipaparkan di Harian Metro Online bertarikh 23 September 2020. Rakus, gila kuasa manakala di dada akhbar lain pula banyak komen antaranya tidak mementingkan kesusahan rakyat dikala Covid-19, syok sendiri, khayalan dan entah apa lagi perkataan yang dilabel oleh gerombolan tebuk atap. Ketika rakyat sudah memilih PH sebagai kerajaan, gerombolan tebuk atap telah berkhianat dan membentuk kerajaan pintu belakang. Tidak pula dikatakan rakus dan gila kuasa. Demi kuasa dan pangkat, mereka menghalalkan apa saja yang keluar dari mulut puaka mereka. Kononnya demi rakyat dan menyelematkan negara. Sekarang Anwar sudah umum cukup majoriti untuk mengambil KEMBALI hak rakyat. Bukan pintu belakang seperti gerombolan tebuk atap. Kenapa cepat melatah mengatakan rakus dan gila kuasa. Apakah sebenarnya gerombolan tebuk atap TAKUT kehilangan kuasa yang tak sampai 7 bulan? Ya. itulah hakikatnya. Sebenarnya yang rakus dan gila kuasa adalah gerombolan tebuk atap. bukan PH yang kuasanya dicuri oleh gerombolan ini.
Kuala Lumpur: Semua gabungan parti yang bekerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyangkal dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan. Malah, enam gabungan parti itu juga menyatakan pendirian untuk berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sokongan itu dinyatakan melalui satu kenyataan bersama oleh enam Setiausaha Agung daripada Barisan Nasional diwakili Tan Sri Annuar Musa, Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainuddin), PAS (Datuk Takiyuddin Hassan), GPS (Datuk Alexander Nanta Linggi), PBS (Datuk Jahid Jahim) dan STAR (Guan Dee Kohoi). Dalam kenyataan itu, mereka mendakwa kenyataan Anwar itu tidak lebih sebagai ulangan hanya untuk meraih publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini. "Tindakan terbaru beliau (Anwar) ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19. "Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini malah akan bersama-sama menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat," kata mereka. https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/623598/anwar-rakus-gila-kuasa
Rakyat sendiri akan menghukum gerombolan tebuk atap dan PENGKHIANAT rakyat!

Isnin, 2 Mac 2020

Insan malang bergelar Anwar Ibrahim

DS Anwar Ibrahim.

Sejak 1998, anda adalah insan malang.

Merengkok dalam penjara sebanyak 2 kali. Tapi masih ada manusia yang simpati, mempertahankan DS.

Kemudian setelah sekian kali dibebaskan. DS diberi pengampunan. Diberi harapan untuk menggapai awan.

Malang.

Sungguh malang nasibmu.

Tatkala usia semakin merangkak senja. DS ditipu dan dikhianati.

Ditipu dan dikhianati kawan dan lawan.

Sudah suratan. Anda bukan PM ke 8. Mahupun ke 9 pun belum pasti.

Yang berjanji pun tidak seikhlas hati untuk menyerahkan jawatannya pada DS. Kalau ikhlas hati sudah tentu tuan jadi PM ke 8.

Tuan ditipu atau dikhianati. Tapi berserahlah jiwa dan raga pada Yang Esa. Mohon ampun dan kasih sayang dariNya.

Istirehatlah ..

Banyak hikmah diatasnya.

Berehatlah, undur bukan bererti kalah.

Serahkanlah pada anak muda.

Undurlah dalam keadaan bermaruah. Kami lebih mengenali tuan dari mereka.

Bukan MENANG sia-sia. tanpa jiwa yang bermaruah.

Asalnya tidak suka pintu belakang.

Tapi bila kuasa sudah dalam gengaman.

BULAN jatuh ke riba.

Pintu belakang jadi pilihan.

Maruah diletak tepi.

Jawatan Menteri menanti.

Slogan politik matang hanya sandiwara.

Maka berteriaklah riang para sang pendusta.

Aku bukan pengkhianat

Ya. aku bukan pengkhianat.
Aku ingin menyelamatkan negara.
Aku ingin menjadi wira melayu.
Aku mengambil kesempatan di atas kesempitan yang ada.
Aku adalah wira.
Wira penyelamat bangsa.
Dulu
Dulu aku wira rakyat.
Aku pembela rakyat tertindas.
Aku perjuang setelah aku ditolak.
Rakyat bersama aku.
Tapi sebenarnya.
Aku menipu.
Aku hanya berpura-pura.
Meminjam bahu kalian untuk aku naik ke atas.
Sekarang aku sudah naik.
Naik setinggi langit.
Kalian yang tertipu.
Tertipu tanpa kesudahan.