Ahad, 11 Oktober 2020

Bodo, bangang atau fobia hilang kuasa?

Sebut sahaja tentang 13 Oktober 2020. Satu tarikh keramat yang sangat ditakuti oleh gerombolan tebuk atap. Maka COVID - 19 dan memulihkan ekonomi negara menjadi pemanis mulut dan lidah untuk berbicara bohong sepanjang zaman.

PANAS

Diri mula kepanasan. Anwar tidak main-main. Warkah mohon mengadap Agong sudah dicanang. Istana sudah keluarkan kenyataan rasmi. Anwar dibenarkan mengadap 13 Oktober. Maka melompatlah gerombolan tebuk atap.

desprados

Terbaru ada pemimpin gerombolan tebuk atap kata Anwar 'desprados' dan paling bodoh sekali bila kata Anwar guna taktik kotor heret pihak istana.

Mandat rakyat

diberi pada Pakatan Harapan. Bukan UMNO dan PAS. Tidak sama sekali. Itu fakta. Fakta juga menyebut, UMNO dan PAS menempek pada PN untuk membentuk kerajaan. Melalui istana. itu fakta. Dan jika Anwar mengadap Agong untuk mempersembahkan majoriti melalui istana. Di mana yang dikatakan taktik kotor?

Bodoh atau fobia kehilangan kuasa?

Isu ini nampak sama tapi beza. Beza kerana Anwar akan cuba kembalikan hak rakyat. MANDAT RAKYAT melalui pru 14. Tapi PAS bukan melalui pilihanraya. Jadi Menteri melalui "pengkhinatan" beberapa ahli politik. Itu fakta. Jom kita kira, berapa bulan jadi Menteri? 22 bulan dengan 7 bulan mana lebih lama?

KUASA

Inilah yang sangat ditakuti oleh pemimpin tebuk atap. Takut kehilangan kuasa. Kalau benar sayangkan rakyat. Benar-benar pedulikan rakyat kerana covid 19. Lepaskan kuasa secara aman. Muhyiddin tak perlu nak cadang bubar parlimen. Jadi tiada la pilihanraya. Tiadalah risiko covid 19. Anwar kata dia dpat majoriti. Habis cerita. Tapi sayang. bila dah peluk jawatan .. mana mungkin PAS akan sayangkan rakyat. sanggup pilihanraya .. betul kan?

BUBAR PARLIMEN

Percayalah, sikit masa lagi bila Anwar sudah buktikan ahli parlimen yang menyokong beliau. Nada perang covid 19 akan bertukar, tukar kepada bubar parlimen. Siapa sebenarnya pengkhianat rakyat? Yang boleh berfikir, sila berfikir. Yang bodoh biarkan dengan kebodohan itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: