Begitulah tajuk yang dipaparkan di Harian Metro Online bertarikh 23 September 2020.
Rakus, gila kuasa manakala di dada akhbar lain pula banyak komen antaranya tidak mementingkan kesusahan rakyat dikala Covid-19, syok sendiri, khayalan dan entah apa lagi perkataan yang dilabel oleh gerombolan tebuk atap.
Ketika rakyat sudah memilih PH sebagai kerajaan, gerombolan tebuk atap telah berkhianat dan membentuk kerajaan pintu belakang.
Tidak pula dikatakan rakus dan gila kuasa. Demi kuasa dan pangkat, mereka menghalalkan apa saja yang keluar dari mulut puaka mereka.
Kononnya demi rakyat dan menyelematkan negara.
Sekarang Anwar sudah umum cukup majoriti untuk mengambil KEMBALI hak rakyat. Bukan pintu belakang seperti gerombolan tebuk atap. Kenapa cepat melatah mengatakan rakus dan gila kuasa. Apakah sebenarnya gerombolan tebuk atap TAKUT kehilangan kuasa yang tak sampai 7 bulan?
Ya. itulah hakikatnya. Sebenarnya yang rakus dan gila kuasa adalah gerombolan tebuk atap. bukan PH yang kuasanya dicuri oleh gerombolan ini.
Kuala Lumpur: Semua gabungan parti yang bekerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyangkal dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.
Malah, enam gabungan parti itu juga menyatakan pendirian untuk berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sokongan itu dinyatakan melalui satu kenyataan bersama oleh enam Setiausaha Agung daripada Barisan Nasional diwakili Tan Sri Annuar Musa, Bersatu (Datuk Seri Hamzah Zainuddin), PAS (Datuk Takiyuddin Hassan), GPS (Datuk Alexander Nanta Linggi), PBS (Datuk Jahid Jahim) dan STAR (Guan Dee Kohoi).
Dalam kenyataan itu, mereka mendakwa kenyataan Anwar itu tidak lebih sebagai ulangan hanya untuk meraih publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini.
"Tindakan terbaru beliau (Anwar) ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19.
"Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini malah akan bersama-sama menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat," kata mereka.
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/623598/anwar-rakus-gila-kuasa
Rakyat sendiri akan menghukum gerombolan tebuk atap dan PENGKHIANAT rakyat!
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI
WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA
IKLAN TEKS DI SINI
IKLAN TEKS DI SINI
IKLAN TEKS DI SINI
IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan