Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan

Isnin, 25 Januari 2016

MH370: Pengesan sonar 'towfish' hilang

Sydney: Kenderaan sonar yang digunakan dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dilaporkan hilang di dasar laut selepas terkena gunung berapi di dasar Lautan Hindi.

Menurut pihak berkuasa Australia, pengesan ‘towfish’ yang ditunda oleh kapal dengan beberapa kelengkapan carian itu terjunam ke dasar di selatan Lautan Hindi.

"Kenderaan ini bertembung dengan lumpur gunung berapi setinggi 2,200 meter dari dasar laut sehingga menyebabkan kabel tunda terputus.
"Kenderaan terbabit terpisah daripada kabel sepanjang 4,500 meter berkenaan dan dipercayai terjatuh di dasar laut," menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Australia mengetuai pencarian pesawat Boeing-777 itu yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 ketika pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat terbabit dipercayai terhempas selepas mengubah haluan dan sehingga kini usaha pencarian berkenaan masih gagal menemui sebarang petanda kukuh lokasi sebenar pesawat. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 1:53 PM

Jumaat, 7 Ogos 2015

MH370: Raja Bomoh dakwa ramlannya benar belaka hahahhaha

Individu yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa ramalan yang dibuat sebelum ini mengenai misteri kehilangan
pesawat MH370 milik MAS adalah tepat.

Ibrahim berkata, hasil upacara yang dilakukan sebelum ini beliau pernah berkata pesawat tersebut tergantung di tiga buah negara dan berada di sebuah pulau.

“Perdana Menteri baru-baru ini (pagi tadi) telah mengumumkan pesawat yang hilang ini telah dapat dikesan dan berada di luar negara kita.

“Ramalan ini telah saya kata dahulu bahawasanya kapal terbang ini berada di sebuah pulau, di pulau mana tidak dapat kita ketahui tapi hari ini (ramalan)
saya itu telah menjadi kenyataan” katanya sebentar tadi

Ibrahim turut berkata kesemua serpihan yang ditemui yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai itu adalah sah milik MH370.

“Bila cerita pasal kapal terbang (objek) yang ditemui ini banyak orang bergurau senda (mengenai penemuan tersebut).

“Tapi perkara ini berdasarkan kaedah tradisional yang saya tengok (teropong) objek yang ditemui itu adalah betul dan milik pesawat MH370″ katanya ketika
melakukan ‘ritual’ ringkas terhadap penemuan tersebut.

Pengamal perubatan traditional itu turut menyelar tindakan sesetengah masyarakat yang mencemuh dan memperkecil-kecilkan usaha yang dilakukan olehnya sebelum
ini.

“Kebanyakan bila saya (buat ritual) dan keluar kenyataan dahulu, ada yang mencerca termasuk pejabat Mufti dan pejabat agama. (pelbagai gelaran diberikan)
sonsang, sesat, tak betul dan macam-macam lagi.

“Kita (masyarakat) hanya pandai mengata, pandai menghina tapi kita sebenarnya tidak tahu. Saya minta pada yang caci dan menghina saya dahulu, akan datang
nanti jangan lagi tohmah saya dengan perkara yang tnidak sihat” bidasnya.

Beliau turut menjelaskan, amalan bomoh dan perubatan tradisional ini adalah merupakan kerja turun temurun keluarga sejak dari zaman moyangnya.

Menurut Ibrahim, pihaknya akan mengadakan satu lagi ritual tidak lama lagi bagi membantu usaha mengesan saki baki objek pesawat tersebut.

Khamis, 6 Ogos 2015

Akhirnya serpihan di Pulau Reunion sah dari MH370

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.

“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.

Walaupun mungkin berat dan memilukan, Najib berharap ia dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu.

MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

MH370: Apa yang kita tahu dan apa tidak | Harian Metro


SERPIHAN sayap Boeing 777 yang ditemui di Pulau Reunion disahkan Malaysia dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, membuktikan ia terhempas di
Lautan Hindi. Bagaimanapun, punca nahas masih tidak diketahui.

Berikut perkara utama yang kita tahu dan masih tidak tahu mengenai misteri MH370.

Kita tahu:

- MH370 berlepas dari Kuala Lumpur dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal pada 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lalu, melalui Laut China Selatan menuju
Beijing.

- Pesawat dipandu juruterbang Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai 33 tahun pengalaman dengan syarikat penerbangan itu manakala Fariq Abdul Hamid, 27,
ialah pembantu juruterbang.

- Sebelum MH370 memasuki kawasan trafik udara kawalan Vietnam, seseorang dalam kokpit menghantar mesej suara terakhir kepada pengawal Malaysia berbunyi:
“Selamat malam, Malaysia Three Seven Zero,” pada jam 1.19 pagi.

- Sekitar jam 1.30 pagi, sistem pengesanan, termasuk transponder pesawat ditutup tetapi pesawat itu muncul di radar tentera sehingga jam 2.15 pagi menunjukkan
ia kembali ke arah Malaysia dan kemudian menuju ke Lautan Hindi.

- Serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion selepas lebih 16 bulan pesawat hilang disahkan dari MH370 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang
mengumumkannya pada jam 1.30 pagi 6 Ogos 2015 dengan memetik penyiasat antarabangsa.

- Bateri beacon perakam data penerbangan yang hayatnya 30 hari pada MH370 kemudiannya didapati telah tamat tempoh lebih setahun sebelum berlepas, menimbulkan
persoalan sama ada menjejaskan usaha pencarian lokasi pesawat terhempas di Lautan Hindi.

Kita tidak tahu:

- Punca pesawat itu mengalihkan laluan kerana sama ada krew kokpit atau sistem pemantauan pesawat tidak memberi sebarang tanda masalah sebelum itu dan
cuaca pada malam kejadian adalah baik.

- Adakah ada krew kokpit terlibat kerana ramai pakar menganggap ia menjadi kemungkinan paling besar.

- Adakah berlaku rampasan atau keganasan dalam pesawat kerana tiada sebarang tuntutan daripada sesiapa.

- Kenapa sistem pengesanan pesawat dimatikan dan oleh siapa.

- Di mana lokasi MH370 terhempas. Walaupun penemuan serpihan sayap membantu mengesahkan kawasan carian adalah di Lautan Hindi namun selagi kotk hitam dan
perakam data penerbangan tidak ditemui, punca kehilangan MH370 kekal menjadi misteri. - AFP

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT TERPERINCI

Jumaat, 31 Julai 2015

Berita terkini MH370 | kemaskini 31 Julai 2015 | Serpihan sayap



  • perkembangan terkini pencarian pesawat MH370 | info terkini pesawat MH370
    | Kemaskini: 31 Julai 2015

  • BERITA TERKINI MH370 | MH370 dalam kenangan | ulang tahun kehilangan MH370
Promosi terhad pengiklanan: PROMOSI SEHINGGA 15 Ogos 2015: RM30 untuk pakej 5 bulan, (PERCUMA 2 BULAN) Langgan segera! Maklumat lanjut: rujuk sini

Serpihan pesawat hampir pasti MH370, lapor media

Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion, hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370, lapor The Telegraph. Akhbar berkenaan melaporkan, ombak Lautan Hindi yang bergerak dalam kitaran pusingan melawan arah jam berkemungkinan membawa bangkai serpihan pesawat itu ke pantai barat Australia, dan selatan Indonesia, yang memungkinkan serpihan pesawat itu milik MH370. Laporan media itu turut mengatakan, serpihan pesawat yang ditemui itu berkemungkinan besar milik Boeing 777 apabila "serpihan" yang ditemui itu diperbuat daripada komposit, dan hanya Boeing menggunakan bahan berkenaan dalam pesawat mereka. {baca lagi klik butang papar ... }
Selain itu, serpihan ditemui akan mempunyai nombor siri yang akan menentukan sama ada serpihan itu benar-benar milik pesawat MH370. Agensi berita Bernama melaporkan, 4 pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Perancis malam ini bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar. "Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini. "Kami mencapai persetujuan mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur, hari ini. Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini, berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas. – 30 Julai, 2015. more updates ...

Pencarian MH370 menjumpai bangkai kapal tidak direkodkan

SYDNEY: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 mendedahkan menjumpai sebuah bangkai kapal karam yang tiada dalam rekod sebelum ini. Pasukan SAR yang diketuai oleh Australia itu menyatakan, bangkai kapal berkenaan tidak pernah direkodkan dalam senarai kapal karam dan penemuan itu diharap dapat memberikan harapan kepada kehilangan pesawat MH370. Sementara itu, satu laporan daripada Australian Transport Safety Bureau berjaya mengesan pantulan kecil di dasar laut sebelum menjalankan penyiasatan penuh dan mendalam. Data dari sonar pengimbas tinggi yang digunakan pasukan itu mendedahkan barangan itu yang sebesar bola kriket berada di kedalaman kira-kira 3,900 meter bawah air manakala keadaan sekeliling tidak menunjukkan bentuk dasar laut. Lantaran, mereka menghantar turun kamera sebelum menemui bangkai kapal. Pengarah Operasi SAR MH370, Peter Foley, berkata ia satu penemuan yang menakjubkan bagi pasukannya. "Namun ia bukanlah satu penemuan yang diharapkan. Ia bukan bangkai pesawat MH370. Nyata kami kecewa ia bukan pesawat yang dicari, tetapi kami sentiasa realistik mengenai segala kemungkinan,," katanya. Imej dari kamera menunjukkan dengan jelas sebuah sauh, bersama dengan objek lain. Foley berkata, penemuan itu menunjukkan sistem, peralatan dan pasukan yang terbabit dalam pencarian MH370 menjalankan tugas dengan baik. "Ia membuktikan jika terdapat satu bangkai kapal di kawasan pencarian, kami dapat mengesannya," katanya. Pencarian pesawat MH370 adalah satu pencarian yang kompleks dan pasukan SAR kini menumpukan pencarian di sebuah kawasan terpencil selatan Lautan Hindi merentangi 60,000 kilometer persegi. - AFP

Tun Mahathir tidak boleh terima laporan interim MH370, anggap pelik

kemaskini : 9 Mac 2015 PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut. Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai. {baca lagi klik butang papar ... }
"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini. "Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, semalam. Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik. "Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir. Semalam, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan. Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan. Antara yang ditemu bual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain. Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas. more updates ...

MH370: 40 peratus kawasan carian sudah diliputi

| 26 Feb 2015 Usaha mencari dan mendapatkan semula (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi telah meliputi lebih 24,000 kilometer persegi dasar laut, iaitu kira-kira 40 peratus daripada kawasan carian keutamaan. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) berkata, pencarian di bawah permukaan air sekarang mungkin sebahagian besarnya selesai sekitar Mei jika diandaikan tiada kelewatan dan masalah dengan kapal dan peralatan yang digunakan atau faktor cuaca. "Dua kapal sedang menjalankan operasi SAR di bawah permukaan air dan dua lagi kapal dalam perjalanan untuk membantu operasi itu," menurut JACC dalam kenyataan hari ini. Menurut JACC, kapal disewa oleh Malaysia, 'Go Pheonix' dan kapal disewa oleh Malaysia-Australia, 'Fugro Discovery' kini berada di kawasan carian kerana menjalankan operasi pencarian. Fugro Equator meninggalkan Fremantle menuju ke kawasan pencarian pada 20 Februari dan dijangka tiba di kawasan pencarian esok, manakala Fugro Supporter berlepas Sabtu lalu dan dijangka tiba di kawasan pencarian pada Ahad. "Selain mengesan pesawat, pencarian di bawah permukaan air bertujuan untuk memetakan kawasan yang serpihan MH370 bertaburan untuk mengenal pasti dan memberi keutamaan kepada usaha mendapatkan semula komponen khusus pesawat termasuk perakam penerbangan, yang akan membantu siasatan oleh Malaysia," menurutnya. {baca lagi klik butang papar ... }
Menurut JACC, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menggunakan data daripada kerja kajian bathymetric untuk menyediakan pelan awal untuk pencarian di bawah air, untuk diikuti dan dirujuk oleh semua pihak yang terbabit. "Pelan itu termasuk pencarian, kaedah, prosedur, langkah berjaga-jaga keselamatan dan kawasan-kawasan carian awal bagi pelbagai kapal yang menyertai operasi pencarian," menurut kenyataan itu. Keadaan cuaca di kawasan pencarian dijangka menggalakkan minggu ini. "Keadaan tropika yang rendah pada masa ini di sekitar Kepulauan Cocos (Keeling) diramalkan bergerak jauh ke dalam menuju ke selatan atau Barat Laut dalam minggu akan datang. Sistem tekanan rendah berpotensi menjadi siklon tropika dan mungkin membawa angin kencang dan laut bergelora ke kawasan carian seawal hujung minggu depan," menurutnya. Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pencarian akan diteruskan dan data yang dibekalkan oleh Inmarsat dan Pusat Kawalan Trafik Udara menunjukkan bahawa MH370 menuju ke arah selatan Lautan Hindi. Pesawat Boeing 777 penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira satu jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira 12.41 tengah malam pada 8 Mac tahun lepas. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac tahun lepas bahawa penerbangan MH370 telah berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Pada 29 Januari tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan dan semua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban. - BERNAMA more updates ...

MH370 dalam kenangan

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban. Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan. Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Ketika membuat pengumuman itu menerusi televisyen yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban." "Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum  menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. Azharuddin berkata kerajaan Malaysia mengakui bahawa pengisytiharan mengenai kemalangan MH370 itu amatlah sukar bagi keluarga dan orang tersayang 227 penumpang dan 12 anak kapal untuk pertimbangan, apatah lagi menerimanya. Beliau berkata 13 negara, juga kehilangan warganya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam tragedi ini tetapi bagaimanapun adalah penting bagi anggota keluarga cuba untuk meneruskan kehidupan biasa, atau kehidupan seperti biasa sebaik mungkin selepas kehilangan mengejut ini. "Tanpa niat langsung untuk meredakan perasaan anggota keluarga, adalah diharapkan bahawa pengisytiharan ini membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang diperlukan, terutama menerusi proses pampasan," kata Azharuddin. Pesawat Malaysia Airlines itu hilang pada 8 Mac, 2014, ketika dalam penerbangan ke Beijing setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. Azharuddin memberitahu negara dan penonton antarabangsa bahawa pengisytiharan MH370 adalah satu kemalangan dibuat mengikut Piawaian Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (biasanya dikenali sebagai Konvensyen Chicago). Azharuddin berkata Bab 1 Lampiran 13 konvensyen menyatakan bahawa definisi "kemalangan" termasuk "pesawat hilang". Ia juga menyatakan bahawa "pesawat dianggap hilang apabila pencarian secara rasmi telah dihentikan dan bangkai pesawat tidak ditemukan". Lampiran 12 konvensyen seterusnya menyatakan bahawa istilah "mencari" merujuk kepada operasi untuk mencari orang yang berada dalam kesukaran. Azharuddin berkata fasa mencari dan menyelamat dijalankan pada hari pesawat hilang sehingga 28 April 2014 dengan kawasan pencarian meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan selatan Lautan Hindi. Beliau menegaskan bahawa operasi pencarian di bawah permukaan air masih berterusan pada masa ini dan operasi itu dijalankan oleh empat buah kapal iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan Fugro Supporter. Pencarian telah meliputi kawasan seluas lebih 18,600 kilometer persegi sehingga semalam. Azharuddin berkata berdasarkan analisis semua bukti yang ada dan maklumat fakta yang menyokongnya, data ini menyokong kesimpulan bahawa Penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. Berdasarkan data yang sama, katanya, pihak berkenaan membuat kesimpulan bahawa pesawat telah kehabisan bahan api di kawasan tertentu di selatan Lautan Hindi, dan bahawa pesawat kini bersemadi di dasar laut berhampiran kawasan yang ditakrifkan. "Ini adalah kawasan terpencil, jauh dari mana-mana tempat pendaratan yang mungkin. Ia juga kawasan dengan keadaan laut bergelora dengan kedalaman yang diketahui melebihi 6,000 meter. "Selepas 327 hari (sehingga 28 Jan 2015) dan berdasarkan semua data yang ada dan berdasarkan keadaan yang dinyatakan sebelum ini, peluang untuk hidup di kawasan itu adalah sangat tidak mungkin," katanya sebelum mengisytiharkan bahawa Penerbangan MH370 adalah satu kemalangan. Beliau merakamkan perasaan simpati yang mendalam kepada semua mereka yang terlibat dalam apa yang disifatkannya sebagai kemalangan dahsyat sambil berkata ia merupakan saat yang mengecewakan bagi semua mereka yang berusaha dalam misi mencari MH370. "Kami tidak pernah goyah dalam komitmen kami untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370 dan mengakhiri episod sedih ini bagi semua, terutama bagi keluarga penumpang dan anak kapal MH370," kata ketua pengarah DCA itu. Sambil menekankan bahawa pengisytiharan itu tidak bermakna ia sudah berakhir, Azharuddin berkata: "Kami akan meneruskan dengan kerjasama dan bantuan daripada kerajaan China dan Australia. "MH370, penumpang dan anak kapalnya senantiasa akan diingati dan diberi penghormatan." Azharuddin berkata kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan melaksanakan tanggungjawabnya berhubung dengan hak yang sah mengikut undang-undang dan kepentingan waris keluarga sebagaimana termaktub di bawah instrumen antarabangsa yang berkaitan dan undang-undang yang relevan, dengan pertimbangan sewajarnya kepada amalan antarabangsa. "Ini termasuk memenuhi proses pampasan sama ada ia dilaksanakan melalui perbincangan atau melalui litigasi. - Bernama

MH370: 58 objek keras dikesan di Lautan Hindi

MH370: Pakar Australia kesan bunyi hentaman "sesuatu" dengan permukaan laut

{baca lagi klik butang papar ... } papar

MH370: Aset lebih canggih untuk pencarian fasa baharu - Hishammuddin

|18 Mei 2014 Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yang jauh lebih luas. Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya. {baca lagi klik butang papar ... }
KUALA LUMPUR 17 Mei - Ketika operasi mencari bagi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac memasuki fasa baru, aset lebih canggih dan berteknologi tinggi diperlukan untuk pencarian di laut dalam. Menyatakan demikian, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel di Singapura dalam dua minggu ini untuk memohon penggunaan aset berkenaan. Hishammuddin berkata, badan komersil yang telah dihubungi untuk operasi mencari di laut dalam ialah syarikat-syarikat minyak dan gas iaitu Petronas, Sapura Kencana, Boustead Holdings Berhad dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) dan aset kini amat terhad. ``Adalah mustahak bila saya menemui Setiausaha Hagel...saya mohon untuk aset lain yang telah dikenalpasti, yang Tentera Laut AS boleh bantu membekalkannya. ``Aset itu ialah sonar imbasan sisi (side-scan sonars),'' kata beliau semasa sesi eksklusif bersama media tempatan, di sini hari ini. Sonar imbasan sisi adalah sistem sonar digunakan untuk mencipta imej kawasan dasar laut yang jauh lebih luas. Ia mampu memberi pemahaman tentang perbezaan antara bahan dasar laut dengan jenis teksturnya. Hishammuddin berkata oleh kerana fasa baru membabitkan pencarian laut dalam, beberapa institut penyelidikan akan turut terlibat. ``Institut penyelidikan dari China, Jerman dan Jepun, ada terlibat dan kami mendapat maklum balas,'' kata beliau. Sementara itu, Hishammuddin menyatakan beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri pertahanan Asean semasa Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) di Myanmar pada Isnin. ``Singapura dan Indonesia telah bersetuju untuk menjadi anggota bertauliah panel bebas. Jadi sekarang saya cuba dapatkan negara-negara lain dalam Asean yang boleh membantu kita. ``Jika kita tempatkan Kemboja, Laos dan Myanmar dalam sebuah kapal, sama ada kapal Malaysia atau China, kerjasama sebegitu lebih baik daripada bertelagah mengenai kewujudan `batu' di tengah-tengah Laut China Selatan,'' kata beliau. - BERNAMA

MH370: pakar temui rakaman audio telah disunting

{baca lagi klik butang papar ... } |kemaskini 6 Mei 2014 “Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal. papar

Perbualan Komunikasi 01:38AM - 06:14AM MH370 Didedahkan. Persoalan Yang Perlu Dijawap Oleh Pihak Berkaitan

kemaskini: 5 Mei 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

Fakta yang perlu anda ketahui mengenai laporan awal MH370

|kemaskini 1 Mei 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

MH370: Pakar penerbangan dedah sesuatu yang tidak kena pada fakta dihantar Malaysia?

|kemaskini 30 April 2014 Lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan kepada CNN bahawa laporan awal mengenai kehilangan MH370 dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pakar penerbangan mempersoalkan mengapa laporan itu tidak diberikan kepada pihak awam. Ketika dunia terus menunggu sebarang bukti tentang pesawat Malaysia yang hilang itu, Malaysian mengambil pendekatan yang mengejutkan, iaitu menyerahkan laporan kepada agensi di bawah PBB itu, kata Clive Irving semalam dalam The Daily Beast. papar

Gambar ini membuktikan MH370 telah dijumpai tetapi bukan di Lautan Hindi

| kemaskini 30 April 2014 PAPAR

(GAMBAR) TERKINI SYARIKAT EKSPLORASI DAKWA TEMUI BANGKAI PESAWAT MH370

| kemaskini 29 April 2014 Ahli-ahli sains kami menumpukan usaha mereka di utara lokasi terakhir penerbangan yang diketahui , dengan menggunakan lebih 20 teknologi untuk menganalisis data yang termasuk reaktor nuklear. Mereka seakan tidak percaya apa yang mereka telah temui di Teluk Bengal. {baca lagi klik butang papar ... } papar

Apa akan berlaku jika MH370 tidak ditemui?

~ kemaskini 25 April 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

MH370: Pendedahan berani dan mengejutkan waris MH370

| kemaskini 24.4.2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

Amerika Tembak Jatuh MH370, Dakwa Penulis Kanada

| kemaskini 23 April 2014 {baca lagi klik butang papar ... } papar

MH370: Malaysia - Australia tandatangani perjanjian bahagi tugas

| kemaskini : 19 April 2014 *ini perjanjiahn untuk apa, kenapa dan kenapa perlu diselindung? Walaubagaimanapun, kata Azharuddin butiran mengenai perjanjian tersebut tidak boleh didedahkan. {baca lagi klik butang papar ... }
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Australia akan menandatangani satu perjanjian dalam menentukan tugas mengendalikan apa-apa penemuan yang berkaitan dengan pesawat MH370 termasuk kotak hitam. Dalam satu laporan oleh New Straits Times (NST), Malaysia sedang menggubal perjanjian berkenaan demi melindungi keselamatan kedua-dua negara dari kesulitan undang-undang yang mungkin timbul semasa fasa pemulihan. Kerajaan Malaysia berharap perjanjian tersebut dapat dimuktamadkan tidak lama lagi dan diluluskan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan. Pihak Canberra sedang mengkaji memorandum persefaham tersebut, kata laporan itu. “ MOU tersebut akan menyatakan tugas dan tanggunggjawab masin-masing dengan terperinci” kata Ketua Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman. Azharuddin berkata lagi kepada NST , Malaysia akan mengetuai dalam kebanyakan penyiasatan yang dijalankan bersama bantuan oleh kerajaan Australia dan negara-negara lain. Walaubagaimanapun, kata Azharuddin butiran mengenai perjanjian tersebut tidak boleh didedahkan. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, bermula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi. Selepas analisis dibuat terhadap data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Video Eksklusif Cabaran Pencarian Laut Dalam

|kemaskini: 19 April 2014

KLIK SINI UNTUK LAPORAN PENUH SETIAP HARI BERITA TERKINI MH370

# sila like "kami undi pakatan rakyat"

Artikel Berkaitan

Khamis, 30 Julai 2015

Gempar: Sayap MH370 ditemui di Pulau Reunion?

Sebahagian sayap pesawat berkemungkinan jenis Boeing 737 seperti jenis yang digunakan penerbangan MH370 di temui di Pulau Reunion, yang terletak di Laut
Hindi - Foto twitter Aviation Safety Network

PULAU REUNION, 30 Julai:

Seorang pakar penerbangan percaya beliau menemui bangkai pesawat MAS, penerbangan MH370, yang hilang pada Mac, tahun lalu.

Bekas juruterbang tentera Xavier Tytelman, yang kini pakar dalam keselamatan penerbangan, dihubungi pagi Rabu oleh seorang penduduk di Pulau Reunion di
Laut Hindi.

Penduduk berkenaan menghantar beberapa foto bangkai kapal terbang, di mana dipercayai milik pesawat yang hilang.

“Saya telah meneliti beratus-ratus foto dan berbincang dengan rakan sekerja,” kata Xavier kepada The Telegraph.

“Kami bersetuju ia mungkin sayap Boeing 777 – jenis pesawat yang sama yang digunakan untuk penerbangan MH370.

“Polis di Reunion sedang meneliti bangkai itu dan berkata ia kelihatan telah berada di dalam air kira-kira setahun lamanya, tempoh yang sama sejak kehilangan
MH370.

“Kami tidak dapat memastikannya tetapi berkemungkinan inilah pesawat yang dicari,” katanya.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Mac tahun lalu.

Xavier berkata mereka tidak tahu berapa lama dapat memastikan perkara itu tetapi ia satu perkembangan yang menarik.

Katanya lagi terdapat banyak perbincangan mengenai kod yang ditemui di bangkai berkenaan iaitu BB670.

“Ia bukan nombor plat sebuah pesawat ataupun nombor siri di enjin,” tulisnya.

“Tetapi sekiranya sayap berkenaan milik MH370, ia akan dapat dikenalpasti melalui nombor berkenaan. Mungkin dalam masa beberapa hari saja kita akan mendapat
jawapan sebenar.”

Selasa, 2 Jun 2015

MH370: Dua individu tarik saman

Kes saman dikemukakan dua anak penumpang pesawat MH370, Jee Hing Jang, terhadap Penerbangan Malaysia (MAS) dan empat yang lain diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Ia berikutan dua adik beradik yang masing-masing berusia 12 dan 14 tahun itu menarik balik saman berkenaan.

Dalam writ saman difailkan pada 31 Oktober tahun lalu, dua beradik yang memfailkan tindakan melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kelima.

Plaintif mendakwa MAS selaku defendan pertama memungkiri perjanjian apabila gagal mendarat di Beijing, China pada jam 6.30 pagi waktu tempatan pada 8 Mac 2014 dan tiada butiran mengenai pengakhiran pesawat itu hingga hari ini.

Selain itu, mereka mendakwa Ketua Pengarah DCA yang bertanggungjawab terhadap operasi DCA gagal dan cuai dalam mendapatkan perhubungan atau menjejaki pesawat itu melalui radar.

Rabu, 25 Februari 2015

Siapa yang melencongkan MH370 ke Antartika?

BUKTI baru mengenai kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan didedahkan dalam sebuah dokumentari menyiasat misteri kehilangan
pesawat malang berkenaan.

Dalam dokumentari tersebut, pakar mendedahkan pesawat MH370 dikatakan telah sengaja dilencongkan oleh seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.

Ia juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus hubungan dengan menara
kawalan.

Pakar - pakar penerbangan akan membentangkan teori-teori mereka dalam siaran dokumentari National Geographic yang bertajuk Malaysia 370: What Happened?
yang akan bersiaran pada 8 Mac ini.

Mereka percaya, pesawat berkenaan telah melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju ke arah Antartika.

Pakar penerbangan, Malcolm Brenner, berkata kehilangan pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan kejadian seumpama ini sepanjang
kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira
sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap dan menjangka
akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.

"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti,” katanya.

"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk mengesan
bangkai pesawat", katanya dipetik Mirror.uk


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Sabtu, 31 Januari 2015

Fazel ekoran diburu polis kerana balas twitter Najib

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan pasukan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC), PDRM menyiasat seorang pemilik akaun Twitter dengan nama Fazel ekoran tindakannya mengaitkan insiden MH370 sebagai satu konspirasi.

Fazel memberi respons kepada catatan Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersimpati dengan tragedi yang menimpa ke atas pesawat MAS itu.

Bagaimanapun catatan Najib yang berbunyi, "hari ini (malam tadi) ingatan saya adalah bersama keluarga MH370, pencarian akan diteruskan. Malaysia Australia dan China akan komited untuk meneruskan pencarian pesawat tersebut" dibalas dengan catatan Fazel yang mendakwa ia "ia bukan kemalangan tapi satu konspirasi".

Ekoran itu, Khalid menerusi laman mikro Twitter miliknya mengarahkan unit PCIRC untuk mengesan dan menyiasat individu yang menggelarkan dirinya sebagai Fazel itu.

"PCIRC, PDRM sila kesan dan siasat ‘Fazel’ di bawah ini,” tulisnya.

Semalam, kerajaan menerusi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Pesawat malang itu hilang pada 8 Mac, 2014, ketika dalam penerbangan ke Beijing setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.-sh

Jumaat, 2 Januari 2015

Pendedahan ini pasti buat anda terkejut beruk!

Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boeing awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah
disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia

baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid

Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada
di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.

2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder
dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan
secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid

rujuk sini segera sebelum link dipadamkan

Rabu, 24 Disember 2014

Pendedahan terbaru mengenai nahas MH370

SEORANG bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan
menyembunyikan perkara itu.

Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka
bimbang ia serangan ala 11 September yang mensasarkan pangkalan tentera di Lautan Hindi.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas bukan di lokasi di mana pasukan
carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego
Garcia.

"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan
teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.

Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan
bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.

Pangkalan tentera berkenaan, yang terletak kira-kira 4,828 kilometer di barat laut Australia, digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an
dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.

Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370, namun kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang
berhampiran dengan pangkalan berkenaan.

Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang rendah
ke arah pulau berkenaan.

Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat
objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah. Bagaimanapun, penemuan itu tidak pernah disahkan.

Beliau berkata MH370 mungkin dirampas oleh penggodam dari jauh dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari
Kuala Lumpur ke Beijing.

Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk
mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.

Laporan rasmi MH370 menyatakan bahawa penumpang mungkin mati akibat sesak nafas apabila kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam
'auto-pilot' sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.

Dugain mendakwa, beliau telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British bahawa beliau mengambil "risiko" apabila menyelidik nasib MH370.

"Pasti ada orang yang tahu," katanya. - Belfast Telegraph ~ASD

Ahad, 16 November 2014

MH370: Waris tak puashati .. tapi kenapa?

Keluarga penumpang pesawat MH370 yang menggelar diri mereka Voice370 tidak bersetuju dengan langkah Malaysian Airlines (MAS) untuk mengistyiharkan pesawat tersebut hilang, ketika usaha mencari masih berjalan.

Rasa tidak puas hati itu disuarakan susulan laporan bertajuk "MH370 to be declared lost by year end", di mana Pengarah Komersial MAS Hugh Dunleavy membuat spekulasi kemelut insiden tersebut akan berakhir pada hujung tahun ini selepas hampir 8 bulan misi pencarian berjalan.

"Keluarga terdekat bingung dengan kenyataan akhbar dari Dunleavy.

"Kami mula mempersoalkan siapa yang yang bertanggung jawab? Siapa yang membuat keputusan?" kata Voice370 dalam satu kenyataan hari ini. Mereka berkata, kenyataan itu bertentangan dengan jaminan yang diberikan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di mana usaha pencarian tetap akan diteruskan.

"Mereka juga memberi jaminan kepada kami semua usaha akan digunakan sepenuhnya sebelum pencarian tersebut ditamatkan," kata Voice370.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) juga baru-baru ini menandatangani kontrak bernilai jutaan dolar untuk meneruskan pencarian di busar selatan Lautan Hindi. Setakat ini, kawasan pencarian hanya sebahagian kecil (3,000 km persegi).

"Mengambil kira pandangan ini, kami keluarga terdekat mahu JACC/ATSB/kerajaan Australia dan Malaysia mengesahkan kenyataan dibuat Dunleavy ini benar dan tepat di sebalik keputusan kedua-dua kerajaan serta mengesahkan sama ada beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Voice370.

Sementara itu, Voice370 juga mempersoalkan mengapa MAS mengambil tanggungjawab untuk mengira pampasan yang perlu dibayar, ia sepatutnya dilakukan syarikat insurans terbabit.

"Peguam memberitahu kami, keluarga terdekat semua pampasan akan dibayar syarikat insurans.

"Jadi kami meragui mengapa MAS mengira pampasan tersebut untuk pihak syarikat insurans.

"Kami juga meragui adakah syarikat insurans campur tangan dalam agenda untuk memaksa mengisytihar pencarian ini berakhir,” katanya.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MH370 dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Khamis, 23 Oktober 2014

Terbaru: Kesan pesawat MH370 melalui awan

Seorang saintis Australia bagai memberi harapan baru kepada ahli keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 apabila memberitahu wujud kemungkinan mengesan pesawat itu melalui kajian terhadap perubahan awan.

Pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated, Aron Gingis berkata, pesawat yang hilang sejak tujuh bulan lalu itu boleh dikesan melalui jejak pemeluwapan terhasil akibat pembakaran bahan api daripada pesawat itu.

Menurutnya, dia sudah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik.

Katanya, kaedah mikrofizik digunakan untuk mengkaji perubahan awan yang terhasil daripada bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit.



“Saya dapat mengesan laluan kapal di Lautan Pasifik Utara dengan mengenal pasti pelepasan wap bahan api yang terdapat di dalam awan dan kaedah sama boleh dilakukan dalam kes penyiasatan MH370,” katanya dalam satu wawancara bersama rancangan News 24 Australia.

Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata, wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi di mana pesawat itu hilang.

Rabu, 22 Oktober 2014

Ahad, 14 September 2014

Terkini: MH370: 58 objek keras dikesan di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Sebanyak 58 objek keras dikesan di selatan Lautan Hindi dan usaha akan dibuat untuk mengenal pasti sama ada objek-objek berkenaan mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hilang daripada radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan, pada 8 Mac lepas. - BERNAMA

lagi BERITA TERKINI MH370



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 9 Jun 2014

Pekerja pelantar minyak dipecat kerana emel #MH370 'terbakar'

Seorang pekerja pelantar minyak yang mendakwa telah ternampak sebuah kapal terbang terbakar, di mana beliau percaya itu adalah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di luar pantai Vietnam, telah dipecat oleh majikannya.

Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yang sama apabila kapal terbang Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.

Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yang sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yang berlaku pada hari itu.

{baca lagi klik butang papar ... }



"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.

"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.

"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.

"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."

Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yang sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.

McKay berkata, dia ternampak penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang terbakar di langit dari pelantar beliau awal pada 8 Mac.

Berikutan penerbitan emel beliau, yang kemudiannya dibocorkan kepada media, pengendali pelantar minyak, Idemitsu dan kontraktor dan pemilik pelantar, Songa Offshore, dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat itu, kata McKay kepada akhbar New Zealand Sunday Star Times.

"Keadaan menjadi tidak terkawal bagi mereka dan saya telah dipecat," katanya.

Pegawai-pegawai Vietnam menemuramah beliau di Vung Tau dan ingin bertindak berdasarkan maklumatnya tetapi pencarian berpindah ke Laut Andaman dua hari selepas temu bual itu, kata McKay.

Pegawai tentera laut Vietnam Le Minh Thanh memberitahu ABC News dari Amerika Syarikat bahawa pegawai-pegawai Vietnam menghantar kapal terbang ke kawasan tersebut untuk menyiasat dakwaan McKay, tetapi pencarian itu adalah sia-sia.

Pada 8 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan itu selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Menteri Luar.

Beliau berkata tidak ada maklumat lagi tentang pesawat Boeing 777-200 itu atau mana-mana bangkai ditemui di laut.

Minggu lalu, seorang wanita yang berlayar di antara India dan Thailand semasa penerbangan MH370 hilang dari radar, berkata dia juga mungkin telah melihat pesawat itu terbakar, tetapi di lokasi yang berbeza.

Katherine Tee, 41, sedang berdiri di atas dek kapal layar beliau pada awal Mac apabila beliau mendakwa telah melihat sebuah kapal terbang dikelilingi oleh cahaya berwarna oren terang dan asap hitam.

Katanya, beliau baru sahaja melaporkan maklumat itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Australia kerana bimbang tiada sesiapa yang akan mempercayainya ketika itu.

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia masih hilang walaupun usaha carian antarabangsa melibatkan lebih daripada 24 negara-negara, terutamanya di Lautan Hindi.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Khamis, 5 Jun 2014

MH370: Pakar Australia kesan bunyi hentaman "sesuatu" dengan permukaan laut

Para penyelidik di Australia semalam menyatakan mereka telah mengesan satu bunyi bising berfrekuensi rendah di dalam air di hujung selatan
India pada masa yang sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang secara misteri.

Para penyelidik itu mengesan bunyi bising tersebut yang berkemungkinan datang daripada kesan impak hentaman pesawat ke permukaan laut, yang dirakam oleh
dua alat pengesan dasar laut di Lautan Hindi pada masa pesawat Boeing 777 itu terhenti transmisi satelitnya dan hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang
dan anak kapal di atas kapal.

Para penyelidik itu juga telah mengeluarkan satu rakaman audio bunyi bawah air yang mereka katakan mungkin mempunyai kaitan dengan saat-saat akhir Boeing
777 itu hilang. - Agensi


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Selasa, 20 Mei 2014

Sayunya .. isteri pramugara MH370 selamat lahirkan anak tampa ayah di sisi

Sedihnya, sayu rasa hati dengan berita ini. Anak lahir tanpa diketahui manakah ayahnya berada sekarang. Pramugara MH370 hilang tanpa nisan.

Macam mana si ibu hendak menyatakan kepada si anak kelak. Kita berharap si ibu dan keluarga terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.

KUALA LUMPUR: Intan Maizura Othman, 34, isteri seorang daripada anak kapal MH370, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya kira-kira 4 petang semalam, lapor Bernama.

Suaminya, Mohd Hazrin Hasnan merupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.

Anak sulung pasangan itu, Iman berusia empat tahun.

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Ahad, 18 Mei 2014

MH370: Mahathir suruh tanya Boeing dan CIA, jangan salahkan MAS

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad mencadangkan supaya Boeing dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dipersoalkan di atas kehilangan pesawat MH370.

"Seseorang menyembunyikan sesuatu. Ia tidak adil kerana Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia yang dipersalahkan," kata Mahathir dalam blognya Chedet.cc.

Dalam perenggan ke-11, Dr Mahathir menyatakan pandangan dan teori kepada keadaan dan menegaskan bahawa sesuatu yang lain timbul dan media tidak akan menyiarkan apa-apa mengenai Boeing atau CIA.
{baca lagi klik butang papar ... }



"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau mereka mungkin kemalangan, tetapi kapal terbang tidak boleh hilang. Lebih-lebih lagi hari ini sistem komunikasi berkuasa yang beroperasi hampir dalam tempoh yang lama dan mempunyai kapasiti simpanan yang besar ," jelasnya.

Beliau percaya sistem pengesanan pada pesawat itu sengaja dilumpuhkan dan mempersoalkan di mana data pesawat, yang sepatutnya dirakamkan oleh satelit.

"MH370 adalah pesawat Boeing 777. Ia dibina dan dilengkapi komunikasi dan peralatan GPS telah dipasang oleh Boeing.

"Jika mereka gagal atau dilumpuhkan, Boeing perlu tahu bagaimana ia boleh berlaku dan sudah tentu Boeing akan memastikan mereka tidak boleh dilumpuhkan dengan mudah kerana melibatkan keselamatan dan operasi kapal terbang, " katanya.

Beliau menambah bahawa pada 2006, Boeing menerima sistem data milik Amerika Syarikat untuk satu sistem apabila diaktifkan mampu mengawal semua kawalan dari juruterbang untuk kembali sebuah pesawat komersial secara automatik ke lokasi pendaratan yang telah ditetapkan .

Beliau menyebut satu rencana oleh John Croft dalam Flightglobal.com pada 1 Disember 2006 yang menyatakan bahawa 'autopilot akan diaktifkan - sama ada oleh juruterbang, pemerhati lembaga atau melalui radio mahupun satelit yang berkaitan dengan agensi-agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat, jika pengganas cuba untuk mengawal penerbangan.

"Jelas sekali Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih 'kawalan tidak terganggu' daripada penerbangan komersial yang mana salah satunya adalah MH370," kata Mahathir.

Mahathir berkata, percubaan untuk mengesan kapal terbang dengan mencari serpihan dan minyak licin adalah satu pembaziran wang, sambil menambah bahawa ini bukanlah satu kemalangan biasa dan yang pesawat itu di suatu tempat, mungkin tanpa penanda MAS.

"Boeing perlu menjelaskan mengenai apa yang dipanggil anti keganasan sistem auto ini.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Isnin, 5 Mei 2014

MH370: pakar temui rakaman audio telah disunting

“Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

PAKAR siasatan forensik hari ini mendakwa bahawa data audio rakaman penerbangan milik MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data berkenaan, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza.

Dalam pada itu, pihak penganalisis juga menemui empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

Salah seorang pakar audio-video, Ed Primeau berkata, bukti yang terhasil dari siasatan rakaman audio tersebut agak meragukan dan tidak masuk akal.

{baca lagi klik butang papar ... }



“Pada minit ke-1:14, rakaman tersebut menunjukkan seperti seseorang sedang memegang perakam suara digital dan mula merekod, kemudian pihak tersebut memindahkan mikrofon perakam suara tersebut ke pembesar suara yang terhasil dari kotak maklumat asal.

“Sesiapa sahaja yang menyunting semula rakaman audio itu tidak mahu pihak kami atau pakar penyiasat lain mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi di atas pesawat terbabit,” katanya ketika ditemui oleh wartawan NBC.

Sementara itu, seorang lagi pakar penyiasat, Kent Gibson turut menegaskan kenyataan terbabit.

Menurutnya, kepincangan yang dilihat melalui data rakaman audio terbabit menguatkan andaian bahawa data tersebut telah disunting oleh pihak tertentu atas sesuatu sebab.

“Pihak kami mendapati data tersebut telah dirosakkan atau dijejaskan dengan sengaja, ini bukan cara untuk mengendalikan bukti,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan pihaknya akan terus melakukan siasatan menyeluruh ke atas rakaman tersebut bagi menemui bukti terbaru.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Ahad, 4 Mei 2014

Perbualan Komunikasi 01:38AM - 06:14AM MH370 Didedahkan. Persoalan Yang Perlu Dijawap Oleh Pihak Berkaitan


Sebelum lebih banyak persolan yang timbul, elok juga fahami ini dulu;

Berikut laporan mengenai komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus, merumuskan urutan peristiwa berkaitan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS)
selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.

1. 01:38:19 pagi: Ho Chi Minh (HCM) mula bertanya tentang MH370, maklum kepada KL-ATCC (Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur) bahawa komunikasi secara
lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 dan isyarat radar kali terakhir dikesan di BITOD.

2. 01:41:21 pagi: KL-ATCC memaklumkan kepada HCM bahawa selepas IGARI, MH370 tidak kembali kepada frekuensi Lumpur.

3. 01:46:46am: HCM sekali lagi bertanya mengenai MH370, menyatakan komunikasi melalui radar dibuat meliputi IGARI tetapi tiada komunikasi secara lisan.
Ho Chi Minh memaklumkan bahawa kelipan pada radar padam di "waypoint BITOD."

4. 01:50:28 pagi: KL-ATCC bertanya HCM jika ada komunikasi dibuat dengan MH370. Jawapan HCM adalah "negatif’.

5. 01:57:02 pagi: HCM maklum kepada KL-ATCC bahawa secara rasmi, tiada komunikasi dengan MH370 sehingga kini. Percubaan untuk berkomunikasi melalui beberapa
frekuensi dan
pesawat di persekitaran tidak mendapat respons daripada MH370.
{baca lagi klik butang papar ... }



6. 02:03:48am: KL-ATCC bertanya HCM mengenai status MH370. HCM mengesahkan bahawa tiada komunikasi radar pada masa ini dan tiada komunikasi lisan dibuat.
KL-ATCC
menyalurkan maklumat yang diterima daripada Malaysia Airlines OPS bahawa pesawat berada di ruang udara Kemboja.

7. 02:07:00 pagi: HCM bertanya bagi mendapatkan pengesahan bahawa MH370 berada di Phnom Penh FIR. KL-ATCC minta untuk menyelidiki lebih lanjut dengan penyelia.

8. 02:11:37 pagi: HCM bertanya mengenai status tetapi KL-ATCC tidak mempunyai maklumat terkini.

9. [02:15 pagi] [tiada rakaman suara]: (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) KL-ATCC Watch Supervisor bertanya Malaysia Airlines OPS siapa yang
maklumkan bahawa MH370 dapat berkomunikasi di ruang udara Kemboja.

10. 02:18:53 pagi: KL-ATCC bertanya jika rutin penerbangan MH370 sepatutnya memasuki ruang udara Kemboja. HCM mengesahkan bahawa laluan dirancang adalah
melalui ruang udara Vietnam. HCM membuat semakan dan Kemboja memberitahu ia tidak mempunyai maklumat atau komunikasi dengan MH370.

HCM mengesahkan maklumat sebelumnya bahawa komunikasi melalui radar terputus selepas BITOD dan komunikasi melalui radio tidak pernah dibuat.

KL-ATCC tanya jika HCM mengambil tindakan Radio Failure tetapi pertanyaan itu nampaknya tidak difahami oleh kakitangan yang bertugas.

HCM mencadangkan supaya KL-ATCC menghubungi MAS OPS dan diberitahu bahawa ia telahpun dibuat.

11. 02:34:01: Watch Supervisor KL-ATCC bertanya kepada Pusat MAS OPS mengenai status komunikasi dengan MH370 tetapi kakitangan tidak pasti sama ada mesej
sampai atau tidak.

12. 02:35:03: HCM tanya tentang status MH370 dan diberitahu bahawa Watch Supervisor sedang berhubung dengan syarikat ketika ini.

13. 02:35:5: Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC MH370 bahawa keadaan adalah normal berdasarkan isyarat yang dimuat turun dengan memberikan koordinat
N14.90000
E109 15 00 pada jam 1833 UTC.

14. 02:37:36: KL-ATCC menyalurkan kepada HCM mengenai latitud dan longitud seperti dinasihatkan oleh Malaysian Airlines Operations.

15. 02:53:51: MH386 diminta oleh HCM supaya cuba berkomunikasi dengan MH370 melalui frekuensi radar Lumpur. KL-ATCC kemudian minta MH386 untuk cuba menggunakan
frekuensi kecemasan.

16. [03:30] (tiada rakaman suara): (dipetik daripada Buku Log Watch Supervisor) Pusat MAS OPS maklumkan kepada KL-ATCC bahawa maklumat data penerbangan
adalah berdasarkan
ramalan penerbangan dan tidak dapat disahkan bagi lokasi pesawat.

17. 03:30:01: KL-ATCC tanya jika HCM telah menyemak dengan FIR Hainan.

18. 03:56:19: KL-ATCC tanya Malaysia Airlines OPS mengenai apa-apa maklumat terkini atau komunikasi dengan MH370.

19. 04:25:23: HCM tanya KL-ATCC mengenai kedudukan akhir MH370 dan sama ada dapat berkomunikasi dengan ATC. KL-ATCC tanya jika ada sebarang maklumat diterima
daripada Hong Kong atau Beijing.

20. 05:09:18: Singapura tanya bagi mendapatkan maklumat mengenai MH370.

21. 05:20:17: Kapt [name redacted] minta maklumat mengenai MH370. Beliau berpendapat bahawa berdasarkan maklumat yang diterima, “MH370 tidak pernah meninggalkan
ruang udara Malaysia”.

22. 05:30: Watch Supervisor mengaktifkan Pusat Penyelarasan Kuala Lumpur.

23. 05:41:21: HCM tanya mengenai apa-apa maklumat terkini.

24. 06:14:14: KL-ATCC tanya HCM sama ada SAR digerakkan.

~Bernama~

Selain itu, laporan tersebut menunjukkan tiada komunikasi di antara DCA dan tentera, sesuatu yang pelik memandangkan kedua-duanya berkongsi kemudahan kawalan
trafik udara di lapangan terbang di Subang.

Di antara persoalannya adalah:

1. Mengapa DCA atau Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur tidak memberitahu tentera Malaysia pesawat MAS itu hilang selepas menerima maklumat daripada
pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh?

Ia memaklumkan kepada Singapura dan pusat kawalan trafik udara lain dan juga mengaktifkan pusat penyelarasan operasi menyelamat, tetapi tidak menyebut
tentera dimaklumkan?

2. Mengapa terdapat jurang empat jam sebelum memulakan misi mencari dan menyelamat? Apakah ia kerana menunggu Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu
benar-benar hilang?

Bukankah masa suntuk untuk mencari pesawat itu? Apakah pihak berkuasa tahu pada ketika itu Boieng 777-200ER mempunyai minyak yang cukup untuk penerbangan
selama tujuh jam? Bukankah itu sudah mengenal pasti kawasan pencarian?

3. Mengapa terdapat kekeliruan ia berada dalam ruang udara Cambodia? Apakah misteri tersebut pernah diselesaikan? Apakah terdapat masalah dalam sistem
pemantauan MAS atau hanya unjuran laluan penerbangan walaupun pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh mengatakan bukan laluan penerbangan.

4. Mengapa operator radar tentera mengkategorikan pesawat, kini dipercayai MH370, sebagai pesawat bukan ancaman apabila ia terbang ke arah barat pada pagi
Sabtu?

Sumber industri penerbangan berkata sangat sedikit pesawat terbang di laluan itu, terutama di sebelah barat, pada bila-bila masa pada hari tersebut.

5. Adakah pihak pengendali radar tentera merujuk DCA atau pusat kawalan udara awam sebelum ini memutuskan pesawat misteri itu bukan merupakan ancaman?
Adakah ia menghubungi juruterbang pesawat berkenaan?

6. Mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan tetapi kemudian mengesahkan laporan pesawat itu mematah balik di ruang udara, sedangkan kenyataan
Hishammuddin sebelum ini jelas menunjukkan pihak berkuasa menyedari pesawat itu melakukan pusingan?

"Seperti dinyatakan sebelum ini, radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia
pada pagi 8 Mac.

"Pesawat itu dikategorikan sebagai tidak membahayakan oleh operator radar dan dengan itu tiada tindakan diambil pada ketika itu.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Artikel Berkaitan