Selasa, 2 Jun 2015

MH370: Dua individu tarik saman

Kes saman dikemukakan dua anak penumpang pesawat MH370, Jee Hing Jang, terhadap Penerbangan Malaysia (MAS) dan empat yang lain diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Ia berikutan dua adik beradik yang masing-masing berusia 12 dan 14 tahun itu menarik balik saman berkenaan.

Dalam writ saman difailkan pada 31 Oktober tahun lalu, dua beradik yang memfailkan tindakan melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, menamakan MAS, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga kelima.

Plaintif mendakwa MAS selaku defendan pertama memungkiri perjanjian apabila gagal mendarat di Beijing, China pada jam 6.30 pagi waktu tempatan pada 8 Mac 2014 dan tiada butiran mengenai pengakhiran pesawat itu hingga hari ini.

Selain itu, mereka mendakwa Ketua Pengarah DCA yang bertanggungjawab terhadap operasi DCA gagal dan cuai dalam mendapatkan perhubungan atau menjejaki pesawat itu melalui radar.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: