Isnin, 25 Januari 2016

MH370: Pengesan sonar 'towfish' hilang

Sydney: Kenderaan sonar yang digunakan dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dilaporkan hilang di dasar laut selepas terkena gunung berapi di dasar Lautan Hindi.

Menurut pihak berkuasa Australia, pengesan ‘towfish’ yang ditunda oleh kapal dengan beberapa kelengkapan carian itu terjunam ke dasar di selatan Lautan Hindi.

"Kenderaan ini bertembung dengan lumpur gunung berapi setinggi 2,200 meter dari dasar laut sehingga menyebabkan kabel tunda terputus.
"Kenderaan terbabit terpisah daripada kabel sepanjang 4,500 meter berkenaan dan dipercayai terjatuh di dasar laut," menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Australia mengetuai pencarian pesawat Boeing-777 itu yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 ketika pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat terbabit dipercayai terhempas selepas mengubah haluan dan sehingga kini usaha pencarian berkenaan masih gagal menemui sebarang petanda kukuh lokasi sebenar pesawat. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 1:53 PM

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: