Jumaat, 19 Oktober 2018

Selepas Zahid Hamidi, giliran PAS pulak ..?

45 pertuduhan. Semua orang ternganga. Ingatkan Najib Razak sahaja yang akan menerima karma. Ingatkan Najib sahaja yang banyak pertuduhannya.

Pada awalnya heboh diperkatakan hanya Yayasan Akal Budi, rupanya lebih banyak skandal didedahkan. Baru ada akal. Mungkin benar juga, menanam budi, akalnya ingin balasan.

Nilainya pula mencecah RM114 juta. Bukan satu angka kecil. Rakyat ketar lutut mencari rezeki siang malam nak mendapatkan RM100 sehari. Bagi mereka nilai jutaan ringgit menjadi bahan mainan.

Bagi pendapat aku, terlalu awal untuk mendakwa Zahid. Patutnya biarlah dia mengaum dulu 'hidup melayu' ... 'perkasa Islam' sehingga masuk tahun ke 3 sebelum PRU 15. Bila dah dekat PRU 15, baru letupkan pendakwaan. Itu mungkin pendapat nakal aku sahaja, tetapi yang pasti SPRM dan pihak berkuasa telah menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat sebaiknya.

Kalau nak ungkap kisah Najib dan Rosmah, rasanya panas tu belum reda lagi. Banyak lagi kejutan yang kita akan jumpa.

Biar dulu Zahid Hamidi minang meminang antara UMNO dan PAS.

Bukankah PAS seronok sangat nak bekerjasama dengan UMNO. Bukankah PAS dan UMNO saling balas kunjung mengunjung. Tetiba jadi macam ni. Apakah PAS akan menjauhkan diri atau berdiri teguh disebelah Zahid Hamidi dan UMNO?

PAS diam seribu bahasa. Di website rasmi pun tiada berita tentang Zahid Hamidi. Mungkar ke tidak perbuatan Zahid Hamidi? Kenapa diam...?

Atau menanti giliran selepas Zahid Hamidi...? Jangan kita berfantasi jauh. PAS bukan jenis parti macam tu. RM90 juta hanyalah satu fitnah Mahfuz dan beberapa pemimpin lawan. Hahahahha... lupa pulak. PAS kata nak saman Mahfuz Omar... bila tu...?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: