Ahad, 21 Oktober 2018

Sebab tu Mahathir kata sesetengah Menteri tak mencapai KPI?

Rata-rata pelayar media sosial tidak bersetuju untuk terus minum air daripada paip kerana meragui kualiti air yang sampai ke rumah mereka.

Undian dalam talian berhubung persoalan ‘Apakah anda rasa bekalan air di negara ini selamat untuk diminum secara terus dari paip tanpa perlu penapis air? yang dimuatnaik pada jam 12 tengah hari semalam di Facebook BH, Harian Metro dan New Straits Times hingga jam 6 petang tadi, sebanyak 88.7 peratus tidak setuju.

Undian berkenaan membabitkan 17,060 pelayar laman sosial, manakala dapatan di ketiga-tiga Facebook media The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menunjukkan hanya 11.3 peratus saja bersetuju.

Di ruangan Twitter pula sebanyak 4,396 pelayar membuat undian dengan hasil undian di Twitter menyaksikan 86.4 peratus tidak bersetuju, manakala 13.6 peratus menyokong.

Selain undian, pelayar media sosial juga mengemukakan pandangan mereka di ruangan komen.

Zanita Mustapah Nita memberi komen, “Kotorlah tak boleh minum terus air tak bersih saluran paip air pun tak bersih...Kalau bersih taklah berlambak orang menjual penapis air di Malaysia ni.

Bagi Aidil Afandi II, beliau berkata ‘Setuju dengan menteri , sy (saya) berjaya jimat berpuluh2 ringgit smggu (seminggu) tuan2 , sbb nye (sebabnya) mudah, tak perlu beli milo susu teh dan sebagainya kerana buka saja air sudah keluar warna coco warna milo warna teh terus siap untuk diminum dan jimat tak perlu bayar coway 120 sbln (sebulan),”.

Mohd Zairi Said pula berkata, “Suruh Menteri minum tengok. Ni (Ini) kawasan kat area Jalan Kebun ni (ini) tiap bulan takda (tiada) air. Asal kembali Air berkeladak. Itu dah pasang water filter (penapis). Pandai pandai Menteri zaman PH ni,”.

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail, mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria e-Coli.

Kenyataan beliau itu menyokong penuh kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berhubung perkara itu semasa Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dr Xavier dilaporkan berkata, air terawat dibekalkan kepada orang ramai di Malaysia adalah mematuhi standard kualiti minimum yang ditetapkan Kementerian Kesihatan berdasarkan kepada Garis Panduan Kualiti Air yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Memang, air yang keluar dari paip boleh diminum di seluruh Malaysia, tiada masalah. Kalau ada masalah, itu masalah tempatan, bukan sebab loji.

“Air yang keluar dari loji di seluruh Malaysia, 100 peratus boleh diminum. Memang saya minum terus dari paip,” kata Xavier sewaktu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Said (BN UMNO-Kuala Krau) di Dewan Rakyat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: