Isnin, 22 Oktober 2018

Mahathir masih berteka - teki untuk serah jawatan kepada Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyatakan pendirian akan menunaikan janji untuk melepaskan jawatannya apabila sudah tiba masanya.
"Saya tetap akan pergi dan pasti akan ada pengganti," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh memberi jaminan samada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikannya.

"Jika rakyat mahukan Anwar ketika itu, mereka berhak berbuat demikian," katanya.

Katanya, ketika menjawat jawatan itu sebelum ini, beliau menamakan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

"Sayangnya ianya tidak seperti yang dirancangkan.

Begitu juga dengan pemilihan Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu anak kepada Perdana Menteri kedua yang dilihatnya korup," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf tun m. Anda tak layak lg memilih pengganti. Lihat apa terjadi bila anda pilih pak lah dan najib sbg pengganti. Serahkan pemilihan pengganti anda kpd anggota PH secara syura. Tlg jgn kucar-kacirkan lg negara ini.