Isnin, 8 Oktober 2018

Mahathir jawab lain kali sajalah

Warna - warni kempen PRK Port Dickson masuk fasa minggu kedua.

Sebelum ini ada ura-ura mengatakan bahawa Mahathir akan buat u-turn untuk tidak menyokong Anwar Ibrahim di Port Dickson. Cakap-cakap sebelah sana, mengharapkan agar Mahathir berkeras untuk tidak melepaskan jawatan PM kepada Anwar.

Ianya bukan sekadar bual kosong di kedai kopi, malah Presiden PAS sendiri dalam suatu kenyataan meminta Mahathir tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh PRU akan datang.
baca : Pas gigit jari

Pihak sebelah sana cuba mengapi-apikan 'perbalahan' lampau antara Mahathir dan Anwar. Namun sayang seribu kali sayang. Hasrat Presiden PAS dan penyokong tidak kesampaian. Mahathir lantas membuat pengumuman untuk turun pada 8 Oktober untuk membantu kempen calon Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim. Hancur lebur strategi untuk memecah belahkan Pakatan Harapan.

Abdul Hadi Awang tidak putus asa. Terbaru pemimpin flip flop tersebut memasang perangkap dengan mempelawa Mahathir untuk berforum bersama dengan dia semasa kunjungan PM tersebut.

Apa kesannya?

Mungkin kalau diterima, Mahathir dilihat cenderung untuk menolak Anwar. Kalau tidak diterima pula? Lepas ni tunggu dan lihat apa penyokong PAS akan melabel Mahathir. Mungkin pengecut agaknya. Hahahahaha.

Apapun, jawapan Mahathir menolak pelawaan 'manis' Hadi Awang untuk berforum telah meranapkan impian PAS untuk melihat Mahathir - Anwar 'bertempur' semula. Mungkin lain kali forum antara Hadi Awang dan Mahathir di mana Anwar Ibrahim sebagai moderator. Hehehehe.

PAS boleh bersiap sedia dengan jawapan sebagai alasan kenapa mereka masih kalah di Port Dickson menentang Pakatan Harapan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

itulah kalau orang tak faham ... bagi orang yang faham sekarang dengan secara tak diduga oleh mahathir dia terpaksa dengan hati yang berat untuk terpaksa menyertai kempen untuk DSAI, korang nampak tak apa rahsia sebalik nya ? bermakna mahathir sendiri dah tersepit. memang orang buta hati tak nampak permainan politik itu pasallah orang bodoh senang diperbodohkan sebab mereka semakin hari semakin diperbodohkan tanpa mereka sedar dan mereka masih berbangga dengan pendirian "bodoh" mereka. Dan paling jelas penjiat mahathir sendiri amat kecewa bila Mahathir 'dipaksa" untuk menunjukkan sokongan kepada DSAI. Tetapi dalam masa yang sama orang yang kenal dengan perangai mahathir pasti tahu mahathir tak mahu DSAI kembali ke dalam politik. Masa dia kata akan menaikkan DSAI semasa kempen sblm PRU 14 itu adalah untuk mendapatkan sokongan penyokong PKR kerana ketika itu PPBM langsung tak layak untuk bertanding dalam PRU tanpa menggunakan tiket PKR. apa jeis bangang tak nampak permainan dan sikap mahathir

Tanpa Nama berkata...

kekeke. komen di atas jelas duduk dalam dunia fantasi Pas. realitinya Mahathir dah duduk sepentas pun dgn Anwar. Paksa ke, terpaksa ke, apa yg bodoh sgt. mengaku sajelah, pas dah gigit jari.

AceCanBeSeven berkata...

Allah pasti memenangkan mereka yg benar2 berjuang di jalan Allah.