Selasa, 23 Oktober 2018

Kisah ahli parlimen PAS buat lawak dan sentap ... hahahahaha...

Dua kali aku menonton live sidang parlimen ketika Menteri Kewangan berucap dan berbahas dengan ahli parlimen PAS, dan dua kali jugalah aku ketawa sendirian.

Pertama dulu ketika berbahas dengan ahli parlimen Tumpat seperti dialog berikut:

"Saya agak kesal bagi jalan sama Tumpat la. Tadi, bila saya buat komen itu adalah disebelah depan ini. Mana saya ada sebut PAS," jawab Lim Guan Eng seperti nada 'bengang' kerana Tumpat dianggap salah faham akan kenyataannya. 

Tumpat bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dengan berkata Bagan sebelum ini ada menyebut tentang kerjasama PAS dan UMNO.

Lim Guan Eng yang dilihat seperti mahu marah, kemudiannya berkata : "Sudahlah, sudahlah. Saya rasa sudah salah sasaran. Saya rasa YB Tumpat sudah sesat nampaknya. Sudah sesat nampaknya, sudah sesat nampaknya," kata Lim Guan Eng. 

Tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut, Tumpat kemudiannya mempertikaikan Lim Guan Eng kerana menggunakan perkataan sesat lalu bertanyakan beberapa kali perkataan sesat itu ditujukan kepada siapa.

"Tuan Yang Dipertua, menteri sebut siapa sesat ini?," soal Tumpat.

Lim Guan Eng kemudiannya dengan nada marah berkata, "Duduklah.. aihh".

Lim Guan Eng juga menjelaskan perkataan sesat itu merujuk kepada hujah yang dibawakan oleh Ahli Parlimen Tumpat. 

"You punya hujah dah sesatlah," jawab Lim Guan Eng dengan nada geram. 

"Kepada anda, hujah anda yang sesat," balas Lim Guan Eng lagi dalam nada yang semakin marah. 

Tumpat kemudiannya meminta Speaker mengarahkan Bagan menarik semula perkataan sesat.

"Atas alasan?," soal Speaker. 

"Sesat ini neraka," jawab Tumpat.

"Aiyah..," keluh Lim Guan Eng.

"Saya, tak terima," respon Speaker.

"Lainkali saya tak perlu la bagi jalan lagi," sampuk Lim Guan Eng.


Untuk video penuh lihat di bawah:



Hari ini Isnin 22 Oktober 2018, sekali lagi aku tersenyum sendirian. Macam kanak-kanak apabila melihat telatah ahli parlimen PAS.
Apa yang diutarakan oleh Kota Bharu ialah berhubung pandangan kerajaan jika Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu memulakan inisiatif sendiri untuk menyiapkan projek ECRL? Menteri Kewangan dengan sinis menjawab, "Bagaimana mahu siapkan ECRL jika bayar gaji kakitangan pun tidak mampu?"

Ekooran jawapan sinis Lim Guan Eng maka berteriaklah ahl parlimen PAS dan beberapa ahli parlimen UMNO.

YB Kota Bharu sendiri memahami, mana mungkin mereka akan boleh menyiapkan sendiri projek ECRL yang bernilai RM55 billion yang diumum Najib.

Malah LGE sendiri telah menyatakan kos asal selepas pendedahan adalah sebanyak RM81 billion.

Jika gaji kakitangan awam negeri pun mengharapkan pinjaman kerajaan, mana mungkin kos yang sebegitu rupa. YB sememangnnya faham tetapi mahu juga mencelah dan menunjukkan seorang ahli parlimen yang hebat. Hakikatnya soalan itu bagi aku membuang masa. hehehehe...

Sepatutnya tak payahlah nak bertempik. Ukur baju di badan sendiri.

Yang aku kelakar sikap 'sensititf' dan 'sakit hati' ahli parlimen PAS dengan Guan Eng. Asal cakap pasal kewangan, semua ahli parlimen nak tunjuk hero. Baru usik dah melenting ... hahahahaha...



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Cara nak ajar pas dan penyokong sesat dia senang sj. Lain kali kerajaan pusat jgn bantu lg kerajaan negeri pas bila dia hadapi masalah nak bayar gaji k/t. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga