Selasa, 18 September 2018

Terbukti PH telah menipu rakyat, kewangan negara tidak teruk!

ANTARA pidato yang lantang dihujahkan oleh beberapa pemimpin PAS di dalam muktamar PAS baru-baru adalah kegagalan Pakatan Harapan di dalam melunaskan janji - janji di dalam manifesto. Buka youtube dan tolong dengar apa yang mereka bicarakan.

Ada juga isu RM1.50 minyak seliter, janji tol dan pelbagai lagi janji yang mereka anggap PH tidak tunaikan. Walhal janji minyak RM1.50 tidak terkandung langsung dalam buku manifesto. Tetapi mereka yang bergelar ulama terus mengapi-apikan isu tersebut. Di mana tahap ketokohan seorang pejuang Islam jika cakap-cakapnya bercampur gaul dengan fitnah?

Pemimpin PH sudah menjelaskan keadaan sebenar. Mereka sebenarnya cuba untuk melaksanakan manifesto. Ada usaha ke arah itu. Cumanya mereka tidak menyangka, kerosakan ekonomi angkara Najib dan UMNO yang kini menjadi rakan mesra PAS sebenarnya jauh lebih parah. Aku cabar pemimpin PAS untuk mengatakan kewangan negara sebenarnya baik dan tidak menghadapi masalah.

Serangan PAS nampak gayanya mengajak PH untuk menunaikan semua janji manifesto dalam masa singkat. Dengan erti kata lain, biarlah apa nak jadi dengan kewangan negara. Manifesto tetap manifesto. Dan jika ikut PAS, tidak keterlaluan aku katakan, biar jahanam eknomi, asalkan manifesto tertunai.

Begitu juga yang berlaku dengan bonus hari raya di bumi Kelantan untuk penjawat awam di sana. Kita sedia maklum, Kelantan berdepan dengan kewangan yang defisit sudah banyak tahun. Defisit itu membengkak dan kerajaan Kelantan merupakan salah satu negeri yang pinjamannya tertinggi. Kalau sudah bengkak defisit, tapi imbuhan binus hari raya tetap diberikan. Memang nampak macam bagus, tetapi itu sebenarnya satu tindakan populis yang merugikan.

Aku yakin, PH boleh sahaja meneruskan semua yang kerajaan UMNO buat, boleh sahaja menaikan jumlah BR1M dan pelbagai lagi. Tetapi apa jadi selepas itu?

Kalau pun PAS kata mahu tukar sistem percukaian dari GST, SST kepada sistem cukai koporat, apakah ia tidak memerlukan masa untuk mendapat hasil dan kelulusan?

Masa .. itulah tajuk utama. Bukan PH dengan angkuh kata tidak mahu menunaikan. PH perlukan masa. Anwar Ibrahim dan Mahathir sendiri mengakui, masa itu diperlukan untuk memenuhi semua manifesto.

Aku sendiri tidak faham, bagaimana ahli dan pemimpin PAS berfikir. ~menconteng untuk perubahan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

10 respon:

Tanpa Nama berkata...

apakah tujuan sebaliknya PH me war-warkan keruntuhan ekonomi negara dan menyembunyikan keadaan ekonomi yang sebenarnya. Jangan-jangan ini lah peluang PH nak mencuri wang negara kerana apa-apa pun boleh salahkan UMNO (Najib) dengan mengatakan ekonomi kita memang dah lebur (walaupun sebenarnya PH sendiri yang meleburk dan menghancurkan ekonomi Malaysia) Jangan sesekali kita percaya kepada penyangak-penyangak Pakatan Haramjadah ni...

Tanpa Nama berkata...


PAS hendak jadi penghasut macam Rafizi tapi penghasut yang tak cerdik.

Lebih baik PAS yang bergabung dengan UMNO cuba ukur penerimaan rakyat dengan aturkan satu demo untuk menyuarakan kekecewaan rakyat pada PH kerana gagal menunaikan janji manifesto ..

Tanpa Nama berkata...

PH menipu ? ye ke ? adakah diorang yang sebenarnya penyamun bertopengkan politik yang nak merompak wang negara ? mungkinkah bila diorang larikan duit negara diorang duduk kat luar negara , boleh jadi betul juga kata pemimpin PAS. Kitorang selama ni agak kurang mesra dengan orang PAS tetapi dalam soal sebegini kitorang rasa ada juga betulnya PAS.
Dulu kitorang tak berapa suka kat UMNOBN dengan pelbagai isu dan tekanan / fitnah yang di kenakan keatas DS Anwar Ibrahim tetapi bila PRU 14 PKR boleh bergabung pula dengan Tun M , tu yang kami rasa tertipu kerana selama ni sejak Reformasi dulu kami berpihak pd DS Anwar. Tak semena-mena DS Anwar Ibrahim boleh berkerjasama dengan Tun M yang pertama -tama menganiaya DS Anwar sejak tahun 1998 dulu. Kitorang semakin keliru siapa sebenarnya yang jujur dalam politik Malaysia ni ?

Tanpa Nama berkata...

Benci kat Mahathir sejak tahun 2000 dulu sampai sekarang sikit pun tak percaya kat keling tu begitu juga dengan suku sakai jakun haram jadah yang menyokong dan membela keling laknat yang dua kali menjadi PM malaysia kerana kebodohan binatang -binatang pengundi yang mengundi dia dan geng-geng dia. Penyokong-penyokong Pakatan Haramjadah semuanya haram jadah, anjing gila kat tepi jalan lebih mulia dari diorang

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran bhaii. Dah nama pun pak lobaii

Unknown berkata...

bn tumbang itu yang penting

Tanpa Nama berkata...

Masa 100 hari tu, diorg sendiri yg buat. Rakyat tggu & tgk je dpt buat ke idak dlm 100 hari. Nampaknya gagal jugak iku KPI yg diorg buat sendiri.

tajnur berkata...

Apa Islam suruh perbanyakan hutang dgn salah gunakan dan jolikan duit rakyat ke? Bunyi berdegar2 mcm nama Islam tapi amalan mcm org x beriman...

Tanpa Nama berkata...

bn dan pas kalah.. itu yg penting. ada og..najib sedang dibicarakn.. inilah raja segala manifesto.

bunbinban berkata...

PAS dah tunai manifesto dia. 10 biji beca sudah tertunai. Tanam melon dah. Tahniah. Tukar kereta pun sudah. Yg belum, air bersih. Sampah x berkutip, rumah mangsa banjir 2014, bla bla bla..