Khamis, 23 Ogos 2018

Hanipah Maidin sindir siapa ni? Hehehehehe

Akhbar The Malaysian Reserve melaporkan kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan yang meramalkan berkemungkinan ada lagi beberapa skandal yang mungkin dibawa ke mahkamah selain skandal yang berkait dengan 1MDB.

Antaranya, dilaporkan skandal yang melibatkan Lembaga Urusan Tabung Haji (LTH). Apapun, itu sekadar ramalan. Jangan risau.

Sedikit sejarah LTH. Ia bermula dari penubuhan dua badan yang bertanggungjawab mentadbir urusan haji iaitu Perbadanan Wang Simpanan Bakal Bakal Haji dan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji. Badan yang kedua ini berpusat di Pulau Pinang.

Perbadanan Tabung Bakal Bakal Haji ditubuhkan pada tahun 1962. Ia hasil kertas kerja yang disediakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz pada tahun 1959 yang bertajuk  Plan to Improve The Economy of Prospective Pilgrims.

Antara lain, kata Pak Ungku, ramai petani melayu-muslim yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk tunaikan haji. Mereka terpaksa jual tanah dan harta simpanan mereka untuk kumpul wang untuk pergi haji.

Siapa tidak marah

Dua badan yang saya kata tadi akhirnya disatukan pada tahun 1969 bagi membentuk LTH melalui satu Akta Parlimen iaitu Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969.

Melalui LTH, kerajaan memberi subsidi kos untuk pergi haji. Dilaporkan misalnya kerajaan tanggung RM9,000 bagi setiap bakal haji. Kita amat sokong polisi ini.

Pada peringkat awal, LTH hanya melabur di sektor pertanian melalui anak syarikatnya, Syarikat Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji Sdn Bhd.

Mulai tahun 1980, ia mula mempelbagaikan portfolio pelaburannya melalui penglibatan dalam sektor pembuatan (manufacturing), perumahan dan pertanian.

Kewujudan Akta Tabung Haji 1995 adalah bagi mempelbagaikan lagi skop dan fungsi LTH. Pada tahun 2013, tabung LTH mencecah RM45.7 bilion dengan 8.3 juta ahli.

20 peratus dari portfolio LTH adalah dalam pelaburan harta manakala 50 peratus dalam pelaburan ekuiti.

Dari sejarah ringkas di atas, siapalah yang tidak marah apabila membaca ada yang tak kena dengan LTH. Lagi meluap dan menggelegak bila kita baca dan dengar wang LTH dilibatkan dengan isu 1MDB.

Misalnya, isu LTH tawar untuk beli tanah TRX. Dilaporkan media, LTH beli hartanah tersebut dengan harga 43 kali ganda dari harga 1MDB bayar pada kerajaan.

Apabila isu pramugari MAS tidak bertudung, hidangan arak di dalam penerbangan atau isu LGBT para agamawan relatifnya agak riuh dan bersemangat.
Baguslah. Cuma bila isu LTH, jika riuh pun, ia tak seriuh isu-isu yang saya sebut itu. Tak tahu kenapa?

HANIPA MAIDIN merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota parlimen Sepang.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

Tanpa Nama berkata...

Bila pintu rezeki puak Abu Lahab dan Abu Jahal ada di situ maka jubah dan serban pun boleh tanggal. Jenis bertuhan duit juga.

Tanpa Nama berkata...

Ni kisah zaman Nabi ker niii..
Berat fitnah nyer..
bertuhan duit maksunyer kapir lah tuu..
Puyoooo.. FITNAH habat..

Tanpa Nama berkata...

Jubah dan serban pun tertanggal..
Puyoooo.. ayat ayat yang selalu diungkap oleh puak MUNAFIK..
Puyooooo.

Nobody berkata...

Macam mana kau tahu ayat-ayat tu diungkap oleh puak munafik???

Orang munafik orang yang kuat menipu contohnya tidak mengaku RM 2.6 billion dalam akaun bank, lepas tu mengaku duit derma raja Arab, lepas tu tuker lagi, derma jihad dan sebagainya, last-last sekali duit 1MDB!!!!

Takpun mengaku pergi persidangan di Tehran mewakili Kesatuan Ulama Sedunia, tetapi memuji Hizbullah yang terlibat membunuh dan merogol Sunni Syria,lepas tu dinafikan oleh Presiden Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Dr Ali Qasiraghi. Malah ramai ahli-ahli minta dia dipecat. Siapa yang menafik sekarang???

Bukan kau yang bodoh ke???

Tanpa Nama berkata...

Tak mengaku ke TH punca rezeki sendiri? Kalau dah ada skandal TH tak berani buka mulut takut rezeki kaput. Munafik dan kafir itu juga pelanggan tetap nak cuci dosa di Mekah dan Madinah. Cuba kalau tunjuk berani tegur skandal TH salahguna duit dulu? Tapi kalau bab rezeki orang lain letak logo haram terus! Otak zero. Munafik dan kafir buat modal tarik pelanggan baru. Yang penting duit masyuk dan tambah bini lagi. Skandal TH? Hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Ulama, ustaz selebriti dan Tok Mufti memang tak faham mengapa TH beli tanah TRX harga berlipat ganda harga asal?

Kalau kita beritahu TRX bekas tanah berhutang 1MDB tak mampu bayar mereka tak kisah. Mentaliti low class dan tak tahu maklumat terkini.

Kalau kita viral tapak itu nak bina kasino dan pusat maksiat LGBT barulah mereka akan terlompat-lompat macam beruk mat yeh.

Nak buat macam mana? Otak mereka tahap udang. Patutlah mereka ditipu sampai mati.