Jumaat, 20 Julai 2018

Ini cara perkiraan bayaran royalti minyak pada kerajaan negeri

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa 20 peratus yang diberikan kepada syarikat pengeluar minyak adalah royalti daripada keuntungan yang diperoleh daripada negeri masing-masing.

"Royalti itu adalah berdasarkan keuntungan yang diperoleh oleh setiap negeri. Kita tidak ambil (keuntungan) daripada Terengganu dan beri kepada negeri lain.

"Jika keuntungan mencecah RM100 juta, jadi royalti minyak adalah 20 peratus daripada jumlah itu iaitu RM20 juta," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg hari ini meminta Dr Mahathir menjelaskan secara terperinci berhubung isu pembayaran royalti hasil minyak empat negeri pengeluar petroleum di negara ini, khususnya Sarawak.

"Kita tidak pasti kenyataan itu merujuk kepada royalti ataupun keuntungan. Kita masih belum mendapat gambaran jelas mengenainya dan tidak mahu diheret dalam isu berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas bersama NSTP dan TV3 di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini pagi tadi sempena Sambutan Hari Sarawak 2018.

Semalam, Dr Mahathir ketika menghadiri Sidang Parlimen memaklumkan Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) memenuhi janji menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri pengeluar sumber itu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: