Khamis, 19 Julai 2018

BN memang tepati janji, tengok ni

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap pemimpin Pakatan Harapan sebagai munafik apabila mengemukakan pelbagai helah dan alasan apabila gagal menunaikan manifesto pilihan raya lalu.

Apabila rakyat, katanya, sudah memberikan harapan terhadap janji-janji yang ditaburkan dan ia tidak dapat dilaksanakan, merupakan satu penipuan kepada rakyat.

“Aku janji dalam manifesto tetap aku janji. Bukan apabila tidak boleh melakukan dalam tempoh 100 hari kononnya manifesto ataupun janji ini bukan kitab suci. Tak boleh buat, tak boleh buatlah...jangan nak memesongkan dan cari alasan.

“Apakah ciri-ciri orang munafik? Apabila berjanji tidak ditepati...bila bercakap, bohong. Kalau tahu tidak boleh laksanakan, jangan berjanji. Ini menipu rakyat, rakyat percaya dan meletakkan harapan akhirnya tidak dapat melakukannya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pencelahan daripada ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong ketika membahaskan usul Titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ka Siong di dalam pencelahannya memohon penjelasan daripada Zahid mengenai implikasi Pakatan Harapan tidak melaksanakan janji-janji manifesto setelah rakyat mempercayai janji-janji tersebut dan memberikan mandat kepada mereka untuk menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.
http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/tidak-tunai-manifesto-perbuatan-munafik-1.712120

Jom tengok video ni pulak .. yang ni munafik ke tak? penggal dah habis pun. Ni kira macam mana Zahid Hamidi?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...


pelaksanaan janji manifesto dicacatkan dengan skandal kewangan terbesar dunia... raseny bukan nak menyalahkan, tetapi wang yg sepatutny digunakan telah beku, takcukup, merencatkan, melambatkan dek kerana kerakusan kepimpinan lalu...

Alhamdulillah kerakusan itu telah ditangani, rakyat telah berjaya... rakyat terbanyak faham, rakyat terbanyak tahu bukan senang untuk keluar dari kemelut ini... rakyat terbanyak insaf dengan kekurangan yg sedang diatasi... rakyat terbanyak tahu, pelaku skandal masih bebas dan masih berduit banyak...

rakyat terbanyak penuh dengan harapan agar pelaku skandal, perompak, penjarah harta kerajaan, pemecah amanah kepimpinan ini diheret dengan cepat, disumbat segala kes mereka ini dalam mulut mereka...

Tanpa Nama berkata...

Ni lebih teruk drp munafik. Ia dipanggil haram jadah. Betul tak zahid? Lain kali fikir sebelum mencelah zahid oi