Rabu, 18 Julai 2018

Ahli parlimen PH buat perangai lama

Provokasi dan bertikam lidah sudah dijangka apabila sesi parlimen penggal ke 14 membuka tirai hari ini. Dari hari pertama semasa majlis angkat sumpah sudah kelihatan riak dari pembangkang untuk cuba menjadi 'juara' di dalam parlimen apabila mereka keluar dewan akibat protes terhadap prosuder perlantikan speaker dewan rakyat.

Walaupun hakikatnya tiada apa yang salah dari segi peraturan apabila jelas isu sebenar sudah dibongkarkan

Hari ini ahli parlimen sudah masuk 'bersilat' di dalam parlimen. Ditonton oleh semua lapisan masyarakat malah mungkin ada negara-negara yang berminat memperhatikannya. Sehingga ada ahli parlimen yang sudah diarahkan keluar dewan kerana melanggar peraturan mesyuarat dan ingkar arahan speaker.

Tertarik untuk memberi pendapat, sepatutnya ahli parlimen Pakatan Harapan lebih 'matang' di dalam menjawab provokasi UMNO dan PAS.

Sebagai contoh, jika ada hali parlimen bangun dan mohon mencelah. Sepatutnya jawab saya tidak izin dan buat penegasan tentang itu. Saya melihat ahli parlimen PH tidak menjawab 'tidak dibenarkan mencelah' tetapi meneruskan membaca perbahasan. Selagi tidak ada kata ' saya tidak benarkan' selagi itu ahli parlimen dari pembangkang akan terus meminta untuk mencelah dan akhirnya provokasi dan bertikam lidah akan berlaku.

Selepas ' saya tidak izinkan mencelah' dilafaz, tanggungjawab speaker untuk menentukan ahli parlimen yang ingin mencelah bersalah atau tidak dalam peraturan mesyuarat jika terus berdegil.

Ahli parlimen PH kena tunjuk contoh yang baik dalam soal mencelah kerana ada juga ahli parlimen dari PH yang mengamalkan sikap seperti dulu ketika mereka berada di pihak pembangkang. Ikut peraturan mesyuarat dan jangan terus 'menyalak' di dalam dewan. Bangun dan ikut peraturan mesyuarat walaupun ketika itu rakan mereka dari PH yang sedang berucap.

Sebenarnya rakyat nak lihat satu perbahasan yang matang dengan fakta dan angka. Kami bukan rakyat bodoh macam dulu. Kami akan bandingkan fakta dan angka. Kami akan melihat kebenaran. Tentang mendiang Karpal Singh, kami faham tentang situasi anak dia yang menyuarakan rasa 'kesal; terhadap insiden yang dulu. Rakyat sudah menghukum mereka melalui pilihanraya. Tidak perlu dibangkitkan lagi isu tersebut. Sepatutnya tidak perlu ikut emosi. Sekarang rakyat menilai sebaliknya di atas insiden hari ini.

Kalau kita layan orang gila, kita juga akan jadi gila ..

Tak kan ahli parlimen PH tak boleh jadi matang dan lebih berwibawa? Apakah ahli parlimen PH tidak faham tentang provokasi dan strategi pembangkang di dalam parlimen?

Menconteng Untuk Perubahan™ 18 Julai 2018 | 8.30 PM

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: