Sabtu, 23 Jun 2018

Betul ke PAS tidak 'berahi' dengan UMNO?

Sebelum pilihan raya, sanggup jadi king maker. sanggup bersekududukan. Tapi lepas pilhan raya, bila dah tak dapat jadi king maker, macam-macam jawapan. Tak berahi la kat UMNO. hahahahahaha.

Bukankah PAS tergila-gila untuk menang cukup kerusi Parlimen yang membolehkannya menjadi king maker demi mengekalkan BN sebagai kerajaan pemerintah Malaysia?

Tak berahi tu setelah PAS menang tak cukup 40 kerusi.

PAS sepatutnya berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana telah menyelamatkannya daripada dosa besar bersekongkol dengan Najib. Jika PAS berjaya menjadi king maker kepada BN, pasti berterusan dan bertambah besar kejahatan yang dilakukan oleh Najib tanpa disedari dan dihalang oleh sesiapa.

Kalau la PAS + BN memerintah sekarang, apa jadi agaknya?


PAS tidak menganggap Umno sebuat parti yang bernilai tinggi malah tidak "ketagih" untuk bersama mereka.

Anggota Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata Umno dan BN tidak sesuai untuk dijadikan rakan kerjasama kerana mereka parti berbilang kaum.

Malah katanya Umno dan BN tidak sesuai untuk mendukung perjuangan menegakkan Islam semata-mata.

Nik Muhammad Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulamak menjelaskan PAS sebaliknya membawa perjuangan yang tidak berdendam atau bermusuh dengan sesiapa, selain berdakwah untuk membawa orang ramai kepada Islam.

“Mana-mana kumpulan yang tidak bermusuh dengan Islam, kalau mereka hendak bersama dengan PAS, maka mereka boleh bersama.

“Tok soh beraso (tak usah rasakan) Umno ni parti yang mahal dan kita tak pernah ketagih nak bersama dengan Umno,” katanya seperti dipeti Sinar Harian hari ini.

Sebelum ini seorang pemimpin kanan Umno berkata parti itu lebih wajar memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) jika mahu menjalin kerjasama berbanding PAS.

Dipetik Sinar Harian, Nazri berkata berdasarkan keadaan semasa, secara peribadi beliau tidak melihat perjuangan parti yang berteraskan Islam mempunyai masa depan yang cerah di Malaysia.

"Saya bukan seorang yang Islamik. Politik berteraskan agama adalah di luar fikiran saya. Saya menentang parti seperti itu," katanya.

Untuk rekod menjelang PRU ke-14 pada 9 Mei lalu, PAS dilihat bersikap lunak kepada Umno dan keras mengkritik HARAPAN, terutama pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyarankan Dr Mahathir berundur daripada politik dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Klinik 1Malaysia.

PAS juga membayangkan parti itu akan dapat menguasai beberapa negeri termasuk Selangor.

Bagaimanapun keputusan pilihan raya menyaksikan majoriti rakyat menolak PAS dan Umno. PAS kekal di Kelantan dan menawan Terengganu, namun gagal besar di Selangor.

Malah ada beberapa calon mereka hilang wang deposit dalam PRU tersebut apabila undi yang diperolehi gagal mencecah 12.5 peratus daripada keseluruhan pemilih.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Bergabung atau tidak.. dah tak jadi masalah pada Pakatan. Harapan.

Tapi.... PAS dan UMNO akan jadi lemah dan semakin lemah.

Semasa bekerjasama dengan UMNO pun tak berkesan apalagi tak ada kerjasama.

PAS sanggup pakai baju samping berkeris demi perpaduan Melayu...

Jangan mudah lupa... orang lain ingat sebagai pengajaran dan berhati-hati dengan PAS dan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Depan cakap lain, belakang buat lain. Semalam buat lain, hari ini sudah cakap lain. Nak main penyokong sendiri sampai masuk kubur. Lebai tak kasihan ke pengundi Pas sudah pening? HAHAHA.