Isnin, 12 Mac 2018

Ini punca 'mungkin' Anwar tidak dibebaskan 8 Jun!

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak semestinya dibebaskan pada 8 Jun ini seperti yang diuar-uarkan oleh pembangkang sebelum ini.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hukuman dan tarikh pembebasan boleh berubah jika banduan
itu melakukan kesalahan tatatertib penjara.

“(Ini akan) menyebabkan tindakan pelucuthakan remitan di bawah Peraturan-Peraturan Penjara 2000,” katanya.

Pilihan Editor
Yak bok te! Amin Landak yang saya kenali
columns/414285
 
Ahmad Zahid yang juga adalah timbalan perdana menteri menjawap soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) (foto, bawah) yang meminta pengesahan bahawa Anwar
akan dibebaskan berdasarkan remitan satu pertiga hukumannya, iaitu pada 8 Jun ini.

Menurut beliau, pengiraan tempoh hukuman, remitan dan tarikh pembebasan seseorang banduan, termasuk anwar dibuat oleh Jabatan Penjara mengikut ketetapan
Akta Penjara 1995 serta Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Akta dan Peraturan Penjara memperuntukan sepertiga remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

“Sekiranya pembebasan banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, banduan tersebut hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya.

“Oleh itu bagi pengiraan hukuman dan remitan seperti mana ketetapan Akta serta Peraturan Penjara, tarikh pembebasan Anwar adalah pada 10 Jun (Ahad) tetapi
hari sebelumnya adalah hari Sabtu, maka Anwar boleh dibebaskan pada 8 Jun (Jumaat),” katanya.

Anwar mula menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat kedua
yang dikenakan terhadapnya.

Beliau konsisten menafikan perkara itu dan mendakwa ia bermotif politik.

Pada Januari lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tindakan Anwar membuat kenyataan media dari penjara mungkin menjejaskan
tempoh hukumannya.

Beliau berkata Anwar memerlukan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Penjara untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Akhir-akhir ini, beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh Anwar, saya tertanya-tanya sama ada beliau benar-benar membuat kenyataan itu," katanya.

Nur Jazlan berkata kenyataan itu termasuk "restu" Anwar berhubung cadangan Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri
gabungan pembangkang itu.

"Jika kenyataan Anwar itu disampaikan melalui pihak ketiga dan tidak mendapat kelulusan Jabatan Penjara, maka ia adalah satu kesalahan yang boleh menjejaskan
tempoh penjara," katanya.
https://m.malaysiakini.com/news/415368

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: