Ahad, 28 Januari 2018

Jahatnya bini Mahathir?

Lagi kuat Najib burukkan Tun melalui TV mahupun dengan apa cara sekalipun, makin buruk imej Najib.

Terdesak. satu perkataan sudah cukup untuk gambarkan Najib semakin takut hilang kuasa. Semakin takut untuk diheret dan dihumband dalam pintu besi penjara.

Kini, Najib makin sedar, hanya Mahathir mampu mengugat undi melayu kepada UMNO.

Najib nak tutup isu 1MDB. FELDA dan banyak lagi isu .. tapi pengundi banyak yang faham.

Lagi kuat Najib cerita, lagi buruk imej Najib.

Semalam bila Tun Hasmah disoal siasat polis, nampak sangat lagi Najib terdesak.

“Saya ingatkan Jho Low yang beri keterangan tadi. Orang lain rupanya,” katanya.

Mustapha tidak mengulas secara terperinci berkaitan Jho Low namun beliau dipercayai merujuk kepadal ahli perniagaan Low Thaek Jho yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) sebagai watak utama dalam dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Jarang bersuara

Dalam kenyataan itu, Mustapha turut berkongsi pengalamannya sebagai wartawan yang menggambarkan Dr Siti Hasmah sebagai seorang yang jarang bersuara dan prihatin terhadap petugas media.

“Dia (Dr Siti Hasmah) ini kalau dalam satu delegasi itu kita samakan dengan satu kumpulan muzik, cuma penyanyi latar sahaja. Kadang-kadang saja terdengar suaranya.

“Bila ketibaan suaminya disambut, Dr Siti Hasmah ini jauh tinggal di belakang. Dan apabila sampai pada kami wartawan, kadangkala dia tanya 'bila sampai?' dan 'di sini makan senang ke?'.

“Selalunya, sambutan ketibaan itulah sekali kami nampak Dr Hasmah itu. Di majlis-majlis lain dia tak ada menyibuk,” katanya.

Semalam, polis menyiasat dan merakamkan kenyataan Dr Siti Hasmah berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’di ibu negara pada 10 September tahun lalu.

Beberapa pihak tampil menyatakan kecaman terhadap siasatan polis itu ke atas Dr Siti Hasmah termasuklah bekas menteri Tun Rafidah Aziz.

Menurut Rafidah, Dr Hasmah hanya menyatakan fakta untuk menentang ketidakadilan.

"Dia, kak Hasmah saya, hanya guna hak dan kebebasannya untuk mengatakan apa sebenarnya fakta dan untuk menentang ketidakadilan dalam sebuah perarakan dan perhimpunan wanita.

"Dia tidak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang Jabatan Keadilan Amerika Syarikat klasifikasikan sebagai kleptokrasi dan (sekarang) dia (Hasmah) disiasat?" kata Rafidah dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata tindakan pihak berkuasa itu hanya memburukkan imej kerajaan.

Hanya PAS yang masih "setia" membela UMNO.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: