Selasa, 16 Januari 2018

Rahsia PAS - UMNO terbongkar?

Alahai malang sungguh nasib wakil rakyat UMNO di Kelantan. Lepas ni apa habuan yang Najib akan bagi untuk pengorbanan terbesar ni...

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, pendirian itu penting kerana seperti yang dimaklumkan ahli Umno, ada kalangan mereka juga sudah tidak setuju mengangkat Najib sebagai pemimpin mereka.
“Kita nak tahu Pas ni nak bertanding siapa calon perdana menteri dia, calon Najib ke, calon saya ke, itu saya nak tahu.
“Kita pun tak tahu sama Najib akan pimpin dia ke tak, dengar-dengar orang Umno tak suka dengan Najib ni, itu pendapat orang Umno supaya tak dedah nama dia,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di sini, hari ini.
Tambahnya, pengumuman itu juga adalah sebagai landasan bagi menentukan sama ada Pas akan kekal mentadbir Kelantan mahupun tidak.
Ahad lalu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin menerusi blognya mendakwa satu keputusan ‘menyerahkan’ Kelantan kepada Pas dibuat sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya Umno-Pas oleh Presiden Umno iaitu Najib dan pemimpin Pas.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: