Khamis, 13 Oktober 2016

Nyawa penipuan Najib semakin nipis

Begitu cepat sekali AG Swiss buat keputusan mahu mendakwa Falcon Bank atas kesalahan jenayah ! Baru semalam beliau kata mahu menimbangkan perkara itu, dan hari ini dah set.

Mungkin pelik bagi kita sebab kita di sini dah terbiasa dengan cara AG kita yang makan masa berbulan2 sebelum ambil keputusan nak kaji fail siasatan, dan berbulan2 sebelum buat keputusan nak dakwa. Di Switzerland mungkin perkara normal kot ….

Dari portal Swiss Government –

Like the criminal proceedings opened against the BSI Bank SA on 23 May 2016, the opening of the criminal proceedings on 12 October 2016 against the Falcon Private Bank Ltd is based on information revealed by the investigations relating to 1MDB and on issues raised in the enforcement decision made by FINMA from early October 2016. The information suggests that the offences of money laundering (Art 305bis SCC) currently under investigation in 1MDB case could have been prevented had the Falcon Private Bank Ltd been adequately organised.
Terjemahan Mkini – 

“Keputusan memulakan prosiding adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal Oktober 2016. OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank.

“Adalah dipercayai akibat kekurangan ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB,”

Berpunca dari skandal 1MDB !

Apapun, ini satu perkembangan yang positif dalam usaha kita membongkar rahsia disebalik skandal 1MDB.  Nak harapkan pihak berkuasa dalam negara, memang hampeh la. Semua kata tidak ada masalah.

Maka terpaksalah kita mengharapkan usaha2 pihak luar untuk mencari Kebenaran.

Dalam konteks ini, sewajarnya kita berterimakasih kepada Datuk Khairuddin dan Matthias Chang yang membuat report kepada pihak2 berkuasa luar itu tentang skandal 1MDB.

Paling menarik dengan tindakan Swiss AG ini, kita harap akan mendapat pencerahan mengenai transaksi USD681 juta atau yang kita kenali sebagai kes RM2.6 bil . Kes ini turut disebut oleh FINMA semalam.  ( KLiK )

Manalah tahu, kes itu akan diperdengarkan di mahkamah Swiss dan akan diperincikan apa yang berlaku di peringkat bank.

Sekadar mengimbas kembali …. ingat tak lagi slip transaksi yang bikin heboh tahun lepas di mana para macai dan balaci Najib sibuk memainkan isu SWIFT CODE yang tercatat dalam slip itu konon kod itu palsu. Ketika itu Najib belum mengaku yang duit RM2.6 bilion itu ada diterima dalam akaunnya.

Selepas saja Najib mengaku, para macai dan balaci Najib terkedu semuanya. Tidak mereka sangka bakal dikencing dek bos sendiri ! Dengan sendirinya hujah SWIFT CODE hilang ditiup angin lalu ….

Fakta dari slip transaksi di atas adalah –
Bank Pengirim – Wells Fargo , New York
Bank Penerima – Am Islamik KL
Pelanggan – TANORE FINANCE BVI
Arahan Melalui – menggunakan Swift Code UEBESGSG
Semakan SWIFT CODE mendapati UEBESGSG itu  adalah FALCON BANK SINGAPURA 

Nah …. itu connection nya !

Pelik kan …. bank di Singapura, dah dekat sangat dah. Tapi digunakan bank di New York untuk transfer duit itu ke Kuala Lumpur.

Juga sebagai peringatan jejak wang ( Money Trail ) sepertimana yang disebut oleh DOJ, lihat kembali rajah di bawah –
Persoalan yang menjadi perdebatan hebat seluruh dunia adalah – Tang mana letaknya PAK ARAB DERMAWAN ITU dalam rajah di atas ?

So ….. kita amatlah berharap misteri ini akan terungkai melalui prosiding jenayah Swiss AG ke atas Falcon Bank.

Ianya menjadi misteri bilamana Najib tidak mahu berterus terang. Takper …. sedikit demi sedikit semuanya akan terburai jua ….

PS – Najib sudah goyang ….. Siapa Pak Arab itu langsung Najib tak pernah cerita.

Zahid juga sudah goyang ….. Siapa Pak Arab yang dia pi jumpa dulu ?

SPRM juga kena jawab …… Siapa wakil penderma yang SPRM jumpa dulu ?

#kah3 sampai mati pun puak ni tak akan jawab. hidup melayu kekekekekeke

RUANG PENGIKLANAN MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

Peluang Bisnes Terkini ! Jana Pendapatan LUMAYAN Dengan Set Berus Gigi "Ajaib" Teknologi "EMAS" Cukupkah Gaji Anda? Nak Extra Income Cara Mudah!!! Limited Offer! SMS/watsap 016-5221533 IKLAN TEKS IKLAN TEKS IKLAN TEKS

0 respon: