Selasa, 6 September 2016

‘Jangan hantar penyata kad kredit ke Seri Perdana’

Akhbar, The Wall Street Journal hari ini mendedahkan sekutu Datuk Seri Najib Razak, Low Taek Jho yang kononnya mengendalikan akaun peribadi AmBank perdana menteri.

Menurut laporan itu, Low berulang kali menekankan sensitiviti akaun berkenaan dan menekankan keperluan untuk kerahsiaan.

Beliau juga dilaporkan melarang AmBank daripada menghantar penyata kad kredit yang berkaitan dengan akaun tersebut ke kediaman perdana menteri.

cafcd1480f88e1411ccec349b31c04…“Jangan biarkan mereka di luar bank atau lebih daripada beberapa orang dalaman tahu mengenai akaun ini, arahnya. Gunakan Gmail, bukan sistem e-mel bank, untuk komunikasi.

“Apa sahaja yang kamu lakukan, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri,” petik laporan WSJ yang menyenaraikan arahan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Low.

“Tidak tidak tidak, tulis Low, menurut transkrip mesej BlackBerry yang diperolehi oleh The Wall Street Journal. Super sensitif.

“Sebaliknya, beliau mengarahkan seseorang untuk menerima penyata secara peribadi,” petik laporan yang disiarkan pagi ini.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.

Laporan itu merujuk kepada transkrip yang dikatakan antara hartawan kelahiran Pulau Pinang itu dengan seorang pegawai bank AmBank yang bertindak sebagai orang perantara mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan akaun berkenaan.

Seorang lagi eksekutif kanan bank itu didakwa mengendalikan akaun berkenaan secara peribadi.

Low dilapor menegaskan bahawa sangat penting yang tidak ada sesiapa kecuali kedua mereka yang harus mempunyai akses kepada penyata bank itu.

“(Ini) kerana jika ia (disebar) di internet mengenai sumber dana itu, kita akan sakit kepala,” kata Low yang dipetik WSJ.

Mesej berkenaan juga kononnya membincangkan bagaimana untuk berurusan dengan gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, sekiranya beliau menimbulkan kebimbangan mengenai transaksi berkaitan 1MDB.

Dalam keadaan sedemikian, eksekutif AmBank kanan itu sepatutnya berjumpa dengan Zeti dan memberitahunya bahawa “ini adalah permintaan bos” yang WSJ merujuk kepada Najib.

Najib sebelum ini telah didakwa memiliki ratusan juta dana 1MDB melalui pelbagai perantara yang berakhir di akaun bank peribadinya di AmBank.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahkan dan menyifatkan wang yang berada di akaun itu adalah sumbangan derma daripada seorang putera Arab Saudi.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali bersependapat dan memutuskan untuk tidak mendakwanya selepas siasatan pihak berkuasa.

Malaysiakini telah menghubungi setiausaha akhbar Najib untuk mendapatkan ulasan mengenai laporan WSJ hari ini.

Menurut laporan akhbar itu, peguam Low enggan mengulas mahupun pihak AmBank dan dua pegawai bank berkenaan yang didakwa terbabit berurusan dengan Low dan akaun bank Najib.

Ia juga mendakwa bahawa dokumen bank menunjukkan Najib telah mengeluarkan lebih 500 cek daripada akaun yang kononnya dibiayai melalui dana 1MDB berjumlah AS$ 400 juta.

RUANG PENGIKLANAN MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

Peluang Bisnes Terkini ! Jana Pendapatan LUMAYAN Dengan Set Berus Gigi "Ajaib" Teknologi "EMAS" Cukupkah Gaji Anda? Nak Extra Income Cara Mudah!!! Limited Offer! SMS/watsap 016-5221533 IKLAN TEKS IKLAN TEKS IKLAN TEKS

0 respon: