Selasa, 6 September 2016

Dr M, Anwar akan saling ‘berbunuh’ akhirnya - Idris Haron

Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Mahathir terdesak manakala Anwar pula tidak akan lupa perbuatan gurunya itu.

PETALING JAYA: Sekiranya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak didiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung tenaga sekali lagi, mereka akan saling ‘berbunuh’ akhirnya seperti dulu.

Begitu pendapat Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengulas pertemuan antara Mahathir dan Anwar selepas 18 tahun.

Idris beritahu FMT pertemuan itu hanya mendedahkan betapa terdesaknya Mahathir sekarang ini.

“Mahathir sangat terdesak. Anwar tidak akan lupa perbuatan Mahathir pada 1998.”

Idris, yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata sekiranya kedua bekas pemimpin Umno itu kembali bersatu, luka lama akan berdarah kembali.

Beliau menambah Umno tidak perlu bimbang gabungan tenaga dua ahli politik itu kerana mereka tidak lagi relevan.

Beliau menambah sekiranya Mahathir benarkan Anwar jadi perdana menteri 18 tahun dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan tetap berada dalam struktur, dan mungkin menjadi perdana menteri jua.
Awal hari ini, Mahathir tampil ke pendengaran permohonan Anwar untuk mengantung perlaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Mahkamah Tinggi hari ini.

Mahathir, 91, tiba sekitar jam 3 petang bersama Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Berbunuh kerana wang dan harta.

Rasanya mereka sudah tua untuk itu. Perjuangan sebenar untuk rakyat yang semakin terhimpit.

Lainlah di dalam amno itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak kerana Tun mahathir......bapak kau dah lama masuk lokap ...kau pun tak jadi ketua menteri

Gue berkata...

Mungkin benar Mahathir "terdesak", tapi orang2 yg sepatutnya menjalankan amanah masih "buta, bisu Dan tuli". Wallahua'lam.