PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan, kata Presiden PIBG Nasional Prof Madya Mohamad Ali Hassan
PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan perunding kewangan atau bank untuk jana biaya penyelenggaraan sekolah, tegas Presiden PIBG Nasional menjawab cadangan mewajibkan persatuan mengutip derma untuk selenggara sekolah.
Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan sekolah.
“Beri dana kepada sekolah dibuat atas dasar sukarela. Mengapa tidak minta tambahan wang daripada syarikat milik kerajaan (GLC). Mengapa kita pula yang perlu tanggung penyelenggaraan sekolah,” katanya.
Beliau menambah banyak sekolah terletak di kawasan desa, terpencil dan pedalaman dimana ibu-bapa tidak mampu jana wang untuk sekolah.
“Barangkali sekolah yang mewah boleh menjana 50% daripada penyelenggaraan sekolah tetapi tidak boleh dijadikan kewajipan. Sebenarnya ia bergantung kepada sekolah masing-masing,” katanya.
Beliau berkata ahli persatuan menjalankan aktiviti kutip derma untuk selenggara sekolah, dan “semua orang gembira kerana ia dibuat secara sukarela. Tiada paksaan. Tanggungjawab selenggara sekolah tidak boleh diserahkan kepada PIBG.”
Ini kerana semua orang merasai himpitan kos sara hidup sejak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan kutip derma wajib untuk sekolah-sekolah di Selangor, memandangkan dana Putrajaya untuk selenggara sekolah tidak mencukupi.
Ali berkata mengikut hak, kerajaan sepatutnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah. Dalam belanjawan 2016, Kementerian Pendidikan terima sejumlah RM41.3 bilion.
“Sekiranya kerajaan tidak peruntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah, kerajaan perlu merumuskan rancangan bersama GLC untuk sumbang sedikit dana,” tambahnya.
Ali menambah dana daripada GLC boleh digunakan untuk menaiktaraf peralatan dan kemudahan sekolah.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Inilah saja tahap pemikiran menteri yang dilantik oleh najib bukana apa noh ni nak tunjuk yang dia dah buat kerja untuk najib kalau tidak najib akan persoalkan apa yang dia buat oleh kerana tidak apa yang hendak difikirkan untuk menjana duit pada najib maka dicadangkanlah supaya setiapPIBG sekolah megumpul dana untuk tujuan sengaraan sekolah syabas prof bagi tau kat noh ini bukan semua ibupaba bodoh masam macam otak selut dan kelebok noh kaki jilat ini dia dah berangan-angan nak jadi MB selangor jika selangor melayang dalam PRU14 nanti.Pada pembangkang hampa bodoh piang tak mau ambilk kesempatan kecelaruan dalam UMNO/BN sekarang ni berebutlah banyak-banyak kerusi DUN dan MP moga-moga hampa bungkuih semua kerusi yang hampa bertanding nanti.Biak kalah bertanding PRU tapi jangan bagi kalah betengkar sesama sendiri.Ingat tu pesan dari mat jenin dengan labu-labunya.Menang sorak tapi harga dan maruah diri tergadai.
Catat Ulasan