PETALING: Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) pelik dengan saranan Tan Sri Noh Omar kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Selangor supaya mengutip derma, memandangkan dana Putrajaya untuk selenggara sekolah tidak mencukupi.
Wan Saiful Wan Jan mempertikaikan mengapa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyasarkan Selangor sahaja.
“Sebab kalau penyelenggaran tak cukup saya rasa di Perlis pun tak cukup, di Kedah pun tak cukup, di Kelantan pun tak cukup, bukannya di Selangor sahaja tak cukup,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, menteri dilaporkan mencadang untuk mewajibkan PIBG di semua sekolah di Selangor menjalan aktiviti pungut derma bagi menampung kos penyelenggaraan sekolah disebabkan dana kerajaan Persekutuan tidak mencukupi.
Hasil pemeriksaan FMT mendapati, sebanyak RM500 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2016 untuk membangun dan menyelenggara kemudahan pendidikan di sekolah-sekolah seluruh negara.
“Untuk membantu menyelesaikan masalah ini saya rasa apa yang perlu dibuat ialah pengetua atau guru besar sekolah diberikan lebih banyak autonomi mentadbir sendiri kedudukan kewangan sekolah,” cadangnya.
Beliau menjelaskan melalui cara ini, pihak sekolah boleh memastikan jumlah kewangan yang lebih dekat dengan perbelanjaan dan keutamaan sekolah.
* apasal Najeeb hantar balik derma yang dia dapat tuh .. hehehehehee
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan