Rabu, 3 Ogos 2016

Korang simpati tak ..? hahaha biaq bungkus

Ketika heboh isu kelewatan pembayaran, kakitangan bukan eksekutif Utusan Melayu (M) Berhad dijanjikan akan menerima gaji Julai mereka pada esok hari.

Difahamkan, pembayaran tersebut lebih awal berbanding 5 Ogos seperti yang dijanjikan sebelum ini setelah perbincangan kesatuan dengan kepimpinan syarikat penerbitan milik Umno itu.

"Kelewatan kali pertama dalam sejarah Utusan ini berlaku dipercayai kerana aliran tunai yang sepatutnya digunakan untuk membayar gaji telah digunakan untuk membiayai satu projek pelaburan bawah sebuah kementerian bernilai puluhan juta,” dakwa sumber itu.

Bagaimanapun, jika bayaran masih belum dibuat, “satu tindakan” akan diambil.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam hari ini mendedahkan syarikat itu sedang 'sakit'

setelah kelewatan pembayaran gaji diumumkan pada 21 Julai lalu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pengurusan syarikat tersebut untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan itu.

Sementara itu, sumber kesatuan sekerja pula memberitahu, rata-rata anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu masih bertenang kerana telah mendapat separuh gaji pada 15 Julai lalu.

"Cuma yang menjadi masalah ialah untuk anggota-anggota yang terpaksa membayar pinjaman dan akibat kelewatan itu, mereka terpaksa menanggung denda bayaran faedah," katanya yang enggan nama disebut.

'Sisa-sisa masalah'

NUJ telah berbincang dengan anggota-anggotanya dan berjanji akan membantu dalam soal pembayaran faedah tersebut, menurut sumber kesatuan itu lagi.

Sementara itu, seorang exco NUJ memberitahu, setakat ini, pengurusan Utusan dilihat sedaya-upaya dan ikhlas mahu membantu memulihkan kedudukan kewangan syarikat.

"Kesatuan memahami kepayahan yang dihadapi beliau untuk memulihkan syarikat daripada sisa-sisa masalah yang ditinggalkan oleh pengurusan sebelumnya," jelas sumber itu.

Kesatuan itu mewakili hampir 300 anggota yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbarUtusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Beberapa tahun yang lalu, Utusan pernah membuang kerja dua pemimpin NUJ, Hata Wahari dan Amran Ahmad yang lantang mengkritik isu kebebasan media dan pengurusan syarikat.

Kenyataan rasmi NUJ Utusan hari ini menyebut mereka berdiri teguh di belakang kepimpinan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Datuk Noordin Abbas kerana percaya usaha yang dilakukan bagi menyelamatkan syarikat.

Kesatuan juga berkata “bukan senang nak bersihkan tahi” yang dilakukan kepimpinan tertinggi sebelum ini.

Mereka menyeru masyarakat Melayu kembali membaca akhbar terbitan Utusan selain menyeru sokongan syarikat berkaitan kerajaan. - Malaysiakini.

aku simpati dengan #nasibutusan
andai kata dia bebas dan tidak mengikut telunjuk UMNgOk pasti utusan akan pulih. tapi apa boleh buat. pekerja dia pun sanggup bersengkongkol dengan pemimpin. lantak pilah. jahanam pun ada aku kisah?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: