Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendesak Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin menarik balik kenyataan yang menuduh beliau terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Menteri Besar Kedah memberi tempoh seminggu kepada Sarifuddin untuk menarik balik kenyataan itu atau disaman.
“Saya minta supaya Tengku Sarifuddin tarik balik kenyataannya. Kalau tidak saya akan saman,” katanya dalam satu temubual khas yang dimuat naik dalam blog mukhrizmahathirfc.com.
Mukhriz mengulas kenyataan Sarifuddin sebelum ini yang mendakwa terdapat satu gerakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib dan menyerahkan jawatannya itu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sarifuddin juga mendakwa selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, jawatan itu akan diserahkan pula kepada Mukhriz.
Mengulas lanjut, Mukhriz menyifatkan tuduhan Sarifuddin itu sebagai fitnah.
Katanya, dakwaan itu juga hanyalah rekaan untuk mengaburi rakyat daripada salah laku Najib dalam isu skandal 1MDB, SRC International dan wang derma RM2.6 bilion.
“Ini satu dongeng yang direka-reka oleh pejabat Perdana Menteri untuk mengaburi mata rakyat mengenai isu sebenar iaitu soal salah laku Perdana Menteri.
“Tidak pernah ada sebarang perbincangan dan berani saya katakan tidak ada perancangan di kalangan mana-mana pun pemimpin yang saya ketahui antara Tun Mahathir, Muhyiddin atau saya sendiri. Ini satu penipuan yang terlalu besar,” tegas.
- FMT
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Bab yang ini orang Melayu kita memang champion. Bab ugut mengugut.
Wahai Mukriz, bro nak ugut mende lagi? Adakah kamu pasti yang kena ugut tu takut? Tak payah buang masa. Kalau lu rasa lu betul dan mamat tu memang sohai, nak tunggu apa lagi? Saman je terus. Ni nak ugut dulu pulak. Sejarah membuktikan ugut sebelum saman seperti ni memang tak laku. Buang masa je. Saspen je lebih.
So bro, jangan terhegeh hegeh, pantas lakukan sesuatu, nak saman ke apa ke, jika tidak mahu dilabel main wayang sahaja.
Talk is cheap....
Catat Ulasan