PEMIMPIN ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau Ayah Pin.
TERENGGANU: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, jam 8.30 malam tadi.
Ayah Pin, adalah pengasas kepada "Kerajaan Langit" yang dan disenaraikan pihak berkuasa agama dalam kumpulan agama sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut.
Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan.
Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Manusia-manusia yang mendakwa diri mereka 'tuhan' pasti akan mati apabila malaikat maut mencabut roh mereka dengan cara yang amat menyiksakan! Sesungguhnya manusia yang mendakwa dirinya 'tuhan' adalah pembohong yang amat sesat dan amat menyesatkan.
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".
(Al-An'aam 6:93)
HANYA ALLAH TUHAN YANG MAHA ESA DAN MAHA HIDUP !
Catat Ulasan