Isnin, 18 April 2016

Lelaki ni dah hilang akai ke macam mana ..?

Untuk Buktikan Diri Tidak Curang, Lelaki Sanggup Potong Jari.

Seorang lelaki yang dituduh bermain kayu tiga terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas memotong jari sendiri bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kejadian itu berlaku berhampiran Kuala Kangsar, Perak, apabila seorang lelaki berusia 20-an ditahan dua lelaki, di mana seorang daripada suspek itu mengesyaki mangsa merogol isterinya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, seorang daripada suspek itu bersenjatakan parang, manakala seorang lagi bertindak menggunakan topi keledar untuk memukul kepala mangsa.

Mangsa dalam laporan polisnya mendakwa, ketika kejadian, dia terpaksa membawa seorang daripada lelaki itu yang mengacukan parang ke lehernya, ke rumah suspek terbabit untuk dikenal pasti isteri suspek.

Pada masa sama, suspek juga bertindak merotan mangsa dan cuba menetaknya menggunakan parang, namun tindakan itu sempat dihentikan suspek kedua.

Kedua-dua suspek kemudiannya mengugut mangsa memotong jari sendiri, bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atau mereka akan memukulnya sehingga mati.

Disebabkan tiada pilihan, mangsa terpaksa akur dan menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital, akibat pendarahan teruk.

Mangsa hanya membuat laporan polis kira-kira seminggu selepas kejadian itu, setelah dinasihatkan isteri dan bapanya.

Menurut mangsa, sehingga kini, kepala dan perutnya masih sakit, selain kadang-kala batuk berdarah, lapor FMT.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: