Isnin, 18 April 2016

Amaran Bank Negara kepada 1MDB

Bank Negara telah mengeluarkan amaran mengenai 1MDB sejak tahun 2014, kata gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bakal mengakhiri kontraknya hujung bulan ini.

Amaran tersebut adalah mengenai risiko hutang firma yang yang melambung kepada sistem kewangan negara, jelas beliau.

"Sudah pasti ia berada dalam radar pemantauan kami," kata Zeti kepada Bloomberg di Washington.

"Kami memantau dari segi tahap keberhutangan mereka, dan kalau-kalau ia memberi implikasi sistematik dengan sektor perbankan."

Menurut laporan, hutang 1MDB setakat Januari yang lalu mencecah RM50 billion (AS$12.8 billion).

Beliau berkata, Bank Negara telah mengeluarkan dua memorandum kepada Kementerian Kewangan mengenai lonjakan hutang firma berkenaan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: