Khamis, 3 Mac 2016

Ustaz Kasanova mengaku bersalah setubuh luar nikah ...

Kuala Lumpur: Lelaki yang digelar ‘Ustaz Kasanova’ mengaku bersalah masing-masing di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap enam pertuduhan termasuk melakukan persetubuhan luar nikah, percubaan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar.

Mohd Razis Ismail, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz dan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 7 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman.

Bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar nikah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Manakala bagi pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah, lelaki itu didakwa masing-masing mengikut Seksyen 133 dan Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.-HM

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: