Selasa, 1 Mac 2016

Mana Ali Tinju, PERKASA, UMNO ..? Mana nak sorok muka ..?

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ditayangkan di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini menunjukkan tertuduh melarikan telefon bimbit ketika jurujual kedai berpusing ke belakang untuk mengambil hadiah percuma di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur.

Inspektor Kadet di Pusat Latihan Polis (Pulapol) E. Denis Venoth berkata rakaman CCTV menunjukkan Shahrul Anuar Abdul Aziz memegang telefon bimbit jenama Lenovo di tangan kanannya.

Penganggur berusia 23 tahun itu didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada 4.47 petang, 11 Julai tahun lalu. 

Sambil menunjuk kepada rakaman, Venoth berkata pencurian itu berlaku selepas tawar-menawar, apabila jurujual Eric Chan Weng berpusing ke belakang untuk mengambil hadiah percuma.

Apabila dia berpusing kembali, Shahrul melarikan telefon bimbit itu, katanya dalam pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne. Venoth merupakan saksi ke-10 dan terakhir pendakwaan.

Beliau yang berkhidmat selama 12 tahun dengan polis sebelum ini bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat dalam kes kecurian telefon itu.

Katanya beliau juga bertanggungjawab mendapatkan rakaman CCTV di tempat kejadian dan menyalin rakaman itu ke dalam komputer.

Shahrul didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. 

Pada perbicaraan hari ini tertuduh diwakili peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Mohammad Yahya Zakaria dan Ihsan Busyro Zakaria. 

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor bersambung pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – Bernama, 29 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Abdul Said berkata...

Kalau bersalah patut dihukum berat kerana tingkah laku tertuduh hampir mencetuskan kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam. Kalau fahamla!!!