Selasa, 1 Mac 2016

Air mata Mahathir?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah hilang hala tuju dan tidak lagi relevan dalam pembangunan negara.

"Dengan ini saya mengumumkan keluar daripada Umno.

"Parti ini bukan lagi Umno tapi parti Najib," kata Dr Mahathir pada sidang media dipenuhi pemberita di pejabatnya, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Ini bukan kali pertama Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno, pada Mei 2008 beliau bertindak keluar parti itu selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu mengambil keputusan menyertai semula Umno pada 2009 selepas penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak menjadi presiden.

Dr Mahathir menyifatkan Umno yang wujud kini hanya semata-mata untuk mempertahankan seorang individu bernama Najib untuk terus berkuasa.

"Matlamat dan perjuangan parti yang dirampas ini hanya untuk Najib, mengekalkannya sebagai pemimpin dan mempertahan dirinya daripada sebarang tindakan undang-undang ke atasnya," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, beliau juga tidak rela menjadi ahli kepada parti yang pemimpinnya terpalit dengan pelbagai skandal tidak berjawab dan mengamalkan politik rasuah sehingga memalukan negara.

"Khususnya pemimpin ini sebagai sebagai perdana menteri Malaysia memegang kepada kepercayaan 'wang itu raja' yang bermakna menjadikan rasuah (sogokan wang) sebagai cara utama untuk mendapat sesuatu. Kepercayaan ini sudah merebak keseluruhan sehingga ia dipandang hina masyarakat," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, hanya akan masuk semula Umno jika Najib meletak jawatan dan tidak memimpin negara.

"Saya hanya masuk semula Umno jika Najib letak jawatan dan tidak lagi memimpin negara ini," katanya.

Apabila ditanya kemungkinan akan menubuhkan parti baharu, Dr Mahathir berkata tidak bercadang untuk mengambil langkah sedemikian sebaliknya akan membentuk satu kumpulan pendesak bagi terus memberi tekanan kepada Umno dan kerajaan ditadbir Najib.

Dr Mahathir juga membidas Najib yang mengamalkan corak pemerintahan kuku besi apabila menangkap mereka yang membuat laporan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun hanya mahu mendapatkan kebenaran.

"Pemerintahannya pula mencerminkan pemerintahan kuku besi.

"Laporan polis berkenaan wang 1MDB tidak disiasat polis sebaliknya orang yang membuat laporan pula dimasukkan ke dalam penjara, menuduhnya sabotaj kewangan dan demokrasi dalam negara," kata beliau yang merujuk kepada penahanan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Peguam Matthias Chang
ekoran laporan berhubung 1MDB kepada pihak berkuasa luar negara.

Dr Mahathir turut membidas Najib yang bertindak menggunakan Umno untuk melindungi salah lakunya berhubung wang RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya.

"Umno kini hanya menjadi alat untuk Najib melindungi perbuatannya yang salah termasuk pemilikan wang berbilion-bilion secara tersembunyi dan rahsia dalam akaunnya," kata beliau.

Dr Mahathir kini sangat kritikal terhadap pentadbiran Najib, beliau membuat tuduhan wujud salah laku dan salah guna kuasa membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga kontroversi wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Najib bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu. – 29 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: