Selasa, 1 Mac 2016

Umno jenis apa untuk warisan anak muda, soal Rafidah

Selepas pengumuman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno hari ini, Tan Sri Rafidah Aziz mempersoalkan tindakan pemimpin parti itu yang membiarkan perkara berkenaan berlaku.

Rafidah bertanya apakah bentuk parti Umno yang hendak diwariskan kepada anak muda memandangkan contoh ditunjukkan tersasar daripada perjuangan sebenar parti itu.

"Apakah bentuk Umno yang hendak kita wariskan kepada anak-anak muda kita? Adakah kita menunjukkan contoh tauladan sebaik mungkin kepada anak muda yang kita akui sebagai pewaris Umno?

"Atau adakah kita menyemai serta membentuk satu budaya dalam Umno yang jelas jauh menyimpang daripada apa yang sekian lama diperjuangkan?" soal Rafidah dalam kenyataan yang dimua tnaik dalam Facebook rasmi beliau.

Beliau turut mengingatkan ahli Umno agar tidak menjadikan jawatan sebagai ukuran dan menyokong pimpinan dengan membuta tuli.

"Janganlah jawatan menjadi ukuran tentang kepimpinan atau kuasa menghalalkan segala tindakan.

"Umno tidak bersalah, manusia yang membawa dan mendatangkan masalah mesti dibezakan antara parti dengan individu," katanya.

Bekas ketua Wanita Umno semasa zaman pentadbiran Dr Mahathir itu turut kesal dengan peristiwa yang berlaku dalam politik parti Melayu itu.

"Peristiwa-peristiwa yang terus berlaku dalam politik Umno nampaknya mula meruncing dan membawa kepada pihak memihak di kalangan mereka yang dianggap sebagai pemimpin...dan di kalangan pengikut masing-masing.

"Proses pemecatan terus berlaku. Kesan daripada tiada penerimaan perbezaan pendapat dan teguran. Serta kesan daripada sindrom 'orang kita', dan 'bukan orang kita'," kata Rafidah lagi. – 29 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

isi borang tutup kedai la. kamu buka pun bukan kami masuk kecuali pelanggan kategori DULU kat kg yg anggap kedai kamu shj jual barang + pelanggan yg nak letak/jual barang free kat kedai.. api,upah casher x pyh tanggung.