Sabtu, 6 Februari 2016

Undur! Undur! Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamed sekali lagi menyerang Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung keputusannya tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap perdana menteri, mengatakan ia tidak bermakna kerana peguam kerajaan itu seorang yang tiada kredibiliti.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan bagi membolehkan Malaysia mendapatkan semula reputasinya.

"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib perlu membuktikan tanpa keraguan beliau tidak bersalah dalam semua tuduhan terhadapnya.

"Peguam negara kata beliau tidak bersalah tidak bermakna apa-apa. Beliau, peguam negara itu, tidak mempunyai kredibiliti.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, Najib perlu meletak jawatan," tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Semua orang lain yang turut "melindungi" perdana menteri berhubung dakwaan penglibatannya dalam skandal kewangan, juga perlu meletak jawatan, tambahnya.

"Malaysia mesti dibebaskan dari seorang perdana menteri yang mempunyai reputasi begitu buruk sekiranya ia mahu mendapatkan semula reputasinya."

Dr Mahathir berkata, Malaysia dulunya dikagumi kerana transformasinya dari "negara dunia ke-3 yang miskin" kepada sebuah "ekonomi perindustrian yang stabil".

Tetapi kini, ia sasaran komen negatif termasuk daripada orang asing yang mengulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan "kerajaan korup yang kehilangan berbilion dolar" di negara ini.

"Ramai yang memberi komen mengenai gaya hidup mewah perdana menteri," kata Dr Mahathir.

"Mereka tanya soalan-soalan ini kerana surat khabar asing yang berwibawa menerbitkan cerita-cerita tentang 1MDB, tentang perdana menteri menyalahgunakan untuk dirinya sendiri wang berbilion dolar, tentang sejumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya, tentang gaya hidup mewah beliau."

Dr Mahathir mengkritik Apandi sejak beliau pada akhir bulan lalu memutuskan tidak mendakwa Najib dalam kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, firma milik Kementerian Kewangan, kerana kekurangan bukti.

Beliau berkata, peguam negara bertindak sebagai hakim dan pendakwa dalam satu masa bagi kes itu. Beliau juga menuduh Apandi berada di bawah kawalan Najib.

Sebelum itu, Dr Mahathir juga mengkritik Apandi kerana menutup kes berkaitan penemuan Bank Negara Malaysia mengenai pengisytiharan tidak tepat 1MDB untuk pelaburannya di luar negara. – 5 Februari, 2016.Tun Dr Mahathir Mohamed sekali lagi menyerang Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung keputusannya tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap perdana menteri, mengatakan ia tidak bermakna kerana peguam kerajaan itu seorang yang tiada kredibiliti.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan bagi membolehkan Malaysia mendapatkan semula reputasinya.

"Untuk membersihkan nama baik Malaysia dan beliau sendiri, Najib perlu membuktikan tanpa keraguan beliau tidak bersalah dalam semua tuduhan terhadapnya.

"Peguam negara kata beliau tidak bersalah tidak bermakna apa-apa. Beliau, peguam negara itu, tidak mempunyai kredibiliti.

"Sekiranya gagal berbuat demikian, Najib perlu meletak jawatan," tulis Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Semua orang lain yang turut "melindungi" perdana menteri berhubung dakwaan penglibatannya dalam skandal kewangan, juga perlu meletak jawatan, tambahnya.

"Malaysia mesti dibebaskan dari seorang perdana menteri yang mempunyai reputasi begitu buruk sekiranya ia mahu mendapatkan semula reputasinya."

Dr Mahathir berkata, Malaysia dulunya dikagumi kerana transformasinya dari "negara dunia ke-3 yang miskin" kepada sebuah "ekonomi perindustrian yang stabil".

Tetapi kini, ia sasaran komen negatif termasuk daripada orang asing yang mengulas isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan "kerajaan korup yang kehilangan berbilion dolar" di negara ini.

"Ramai yang memberi komen mengenai gaya hidup mewah perdana menteri," kata Dr Mahathir.

"Mereka tanya soalan-soalan ini kerana surat khabar asing yang berwibawa menerbitkan cerita-cerita tentang 1MDB, tentang perdana menteri menyalahgunakan untuk dirinya sendiri wang berbilion dolar, tentang sejumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya, tentang gaya hidup mewah beliau."

Dr Mahathir mengkritik Apandi sejak beliau pada akhir bulan lalu memutuskan tidak mendakwa Najib dalam kes derma RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd, firma milik Kementerian Kewangan, kerana kekurangan bukti.

Beliau berkata, peguam negara bertindak sebagai hakim dan pendakwa dalam satu masa bagi kes itu. Beliau juga menuduh Apandi berada di bawah kawalan Najib.

Sebelum itu, Dr Mahathir juga mengkritik Apandi kerana menutup kes berkaitan penemuan Bank Negara Malaysia mengenai pengisytiharan tidak tepat 1MDB untuk pelaburannya di luar negara. – 5 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: