Sabtu, 6 Februari 2016

papagomo kantoi lagi ...

Masih ingat pada papagomo? Masih ...ingat lagi beratus ribu dia kena bayar pada Anwar ..? Masih ingat lagi cerita-cerita jelek papagomo pada pembangkang ..? Ini cerita terbaru papagomo..

Polis akan menyiasat blogger pro Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali sebagai Papagomo, kerana menyerang seorang pekerja asing.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Papagomo merendahkan polis kerana mengambil tindakan sendiri terhadap seorang lelaki dipercayai warga Pakistan yang didakwa mengganggu adik perempuannya.

“Kita akan ambil tindakan jika ada laporan. Malah, jika tiada laporan polis dibuat, kita akan siasat,” katanya selepas menghadiri kempen Ops Selamat 8 di plaza tol Sunway di Petaling Jaya, hari ini.

“Kadang-kala orang buat sesuatu yang tidak patut dilakukan dan mereka perlu diberi pengajaran,” katanya.
Papagomo dalam satu rakaman video dilihat menampar, menolak dan menendang seorang lelaki yang dituduh mengganggu 2 adik perempuannya dan 2 lagi rakan mereka.

Video itu menjadi viral dan setakat ini memperoleh 500,000 "like" dan ditonton lebih sejuta kali.

Dalam post di Facebook, Papagomo berkata apa yang dilakukannya adalah apa sepatutnya seorang abang buat untuk mempertahankan adik perempuannya.

“Kita tidak mahu orang ambil undang-undang sendiri,” kata Noor Rashid.

Beliau berkata, semua orang tertakluk kepada undang-undang tidak kira sama ada mereka rakyat negara ini atau warga asing.

“Jika kita pukul sesiapa, orang asing atau tidak, dan menyebabkan kecederaan…kita sudah melakukan kesalahan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau belum dimaklumkan mengenai sebarang laporan polis dibuat terhadap Papagomo.

Sebalik serangan itu, ramai pengguna Facebook memuji Papagomo kerana melindungi adiknya. – 5 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

dulu dialah hero mengedar video-video lucah untuk memburukkan orang lain....sekarang sebagai balasan perbuatan-perbuatan lucah kena pada adik sendiri.....nasib baik tidak kena rogol terus ......PADAN MUKA ....what's goes around, comes around....!!!!!!!!!!!!!!!!!!