Sabtu, 6 Februari 2016

Penafian Apandi .... kekeke

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan tuduhan beliau ada memujuk rakan sejawatnya di Switzerland untuk mengabaikan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada satu mesyuarat di Zurich, September lalu.

Apandi berkata ia tidak pernah menjadi tajuk perbualan dalam mesyuarat itu.

"Saya menafikan pernah meminta rakan sejawat saya menghentikan siasatan 1MDB dalam mesyuarat tahun lalu," katanya menerusi pesanan Whatsapp kepada The Malaysian Insider.

Apandi berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Reuters yang memetik sumber mengatakan "pegawai Malaysia" menggesa Peguam Negara Switzerland Michael Lauber menghentikan siasatan berkaitan 1MDB.

Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott memberi penekanan yang sama dalam satu artikel dilaporkan portal Malaysiakini.

Malott berkata, ketika Apandi menemui rakan sejawatnya itu, beliau mendakwa meminta supaya siasatan dihentikan.

Apandi dilantik menjadi peguam negara pada 28 Julai lalu susulan pengguguran Tan Sri Abdul Gani Patail atas alasan kesihatan.

Minggu lalu, beliau mengumumkan tiada "bukti kukuh" untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas siasatan hampir 6 bulan berjalan berkenaan derma bernilai RM2.6 bilion dan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Pejabat Lauber kemudiannya mengeluarkan kenyataan, siasatan jenayah terhadap 1MDB mendedahkan AS$4 bilion disalah guna syarikat dari Malaysia.

Turut dilaporkan pihak berkuasa Switzerland meminta Malaysia membantunya dalam siasatan berkaitan rasuah pegawai asing, salah guna dana awam, pengubahan wang haram dan jenayah salah guna dana.

Apandi dalam kenyataannya pada Sabtu berkata beliau akan membantu pihak berkuasa Switzerland namun menjelaskan siasatan membabitkan derma kepada Najib sama sekali tidak berkaitan dengan 1MDB.

Singapura juga memulakan siasatannya pada Julai terhadap kes pengubahan wang haram oleh 2 akaun bank berkaitan 1MDB di republik itu.

Pada Isnin, Jabatan Hubungan Komersial (CAD) dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) dalam kenyataannya berkata, mereka turut membekukan "sejumlah besar" akaun bank berhubung siasatan membabitkan 1MDB. – 5 Februari 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: