Rabu, 17 Februari 2016

Kes Anwar saman SPR

Ntah apa yang fobia sangat dengan Anwar aku pun tak tau... sekarang SPR kena saman. Ini semua kerana UMNO yang takut sangat dengan Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 12 April untuk mendengar kes saman bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan 2 lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei tahun lepas.

Timbalan Pendaftar Nor Hasniah Ab Razak menetapkan tarikh itu semasa prosiding dalam kamar dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad dan Natra Idris yang bertindak bagi pihak SPR, bekas pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Melissa Sasidaran mewakili Anwar.

Azizan ketika ditemui pemberita berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Pada 6 Mei tahun lepas, Anwar, yang juga bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

Selain menuntut pampasan dan kos, Anwar turut menuntut defendan mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.

Anwar, 69, dalam afidavit sokongan untuk menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April tahun lepas, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan beliau layak mengundi.

Beliau berkata sehingga hari ini tiada jawapan daripada SPR dan Aziz, oleh itu tindakan mereka menafikan haknya sebagai pengundi dan ia bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar berkata deklarasi yang dipohon itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan pada mana-mana pilihan raya umum (PRU) nanti.

Beliau mendakwa mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh sebelum dijatuhi hukuman Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun lepas dan mengundi di kawasan itu pada PRU ke-13, 3 tahun lepas.

Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun, 2008. – Bernama, 17 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: