Ini pula cerita yang agak baru, setelah nama Najib Razak dibersihkan oleh Peguam Negara, tapi nampaknya versi mengenai wang tersebut masih juga berbeza-beza lagi.
Cerita 1
Dalam temubual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ahad lalu, Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa berkata, derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak bukanlah "suatu jumlah yang besar" untuk menghadapi satu pilihanraya umum.
"Anda mesti mempunyai wang yang cukup. Dalam sistem UMNO, pembiayaan hanya datang daripada presiden. Kami tidak pernah persoalkannya.
"Jentera dan semua orang dalam parti akan meminta wang daripada presiden, walau siapa pun presiden parti," tambah beliau.
Annuar juga menegaskan, adalah sangat tidak beretika untuk Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihanraya.
Nampak logik dan masuk akal hujah-hujah beliau itu.
Soalnya, apakah Annuar terlupa dengan pengumuman Peguam Negara bahawa Najib sudah memulangkan sejumlah RM2,030 juta daripada wang derma tersebut atas alasan ia tidak digunapakai?
Bermakna, dengan pemulangan wang itu tidaklah banyak mana yang digunakan untuk menghadapi pilihanraya tahun 2013 lalu dan bagaimana Annuar tetap mengatakan wang RM2,600 juta bukanlah suatu jumlah yang besar?
Kenapa sebagai Ketua Penerangan UMNO, Annuar memberi jawapan sebegitu dalam usahanya mempertahankan Najib?
Cerita 2
Sekumpulan imam baru-baru ini dijemput menghadiri pertemuan dengan seorang menteri, yang antara lain intisarinya ialah memberi penjelasan berkaitan wang derma yang sama.
Dalam perjumpaan itu, menteri terbabit dikatakan mengesahkan wang yang diterima Najib itu memang datangnya daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
Kata menteri tersebut, wang itu pula sebenarnya diperolehi hasil daripada faedah simpanan keluarga Diraja Arab Saudi yang diletakkan di pelbagai institusi kewangan di luar negara.
Oleh kerana keluarga Diraja Arab Saudi tidak mahu menggunakan wang faedah itu yang dianggap sebagai riba, maka ia didermakan kepada pelbagai negara untuk projek-projek pembangunan yang mana Najib menerimanya bagi mewakili Malaysia, demikian kata salah seorang peserta yang hadir mengulangi maksud penjelasan menteri berkenaan dalam perjumpaan tersebut.
Sekali lagi, adakah menteri terbabit juga terlupa dengan penjelasan Peguam Negara bahawa sebahagian besar atau sebanyak RM2,030 juta daripada RM2,600 juta telah dikembalikan semula oleh Najib kerana tidak digunapakai.
Kalau benar wang itu diberikan untuk projek-projek pembangunan, kenapa pula perlu dikembalikan?
Sekali lagi, kenapa dalam usaha pelbagai pihak mahu terus mempertahankan wang tersebut, jawapannya sering saja berbeza-beza dan tidak senada? (SH 16/02/2016).
Shahbudin Husin at 09:04
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Duit faedah....duit riba.... Jgn buat pegi haji...penat jee tk dpt pahala....duit ini hanya bleh bt beli tayar motor/ keta , buat titi, jalan, jamban. Kna tanya mufti tok peti....bt umrah bt menang pilihanraya ape hukum nya.... Duit gaji dr hasil kemenangan guna dr sumber subahah mcm mna...?
Aku pun pelik.Org pegi haji umrah tp arab negara barua America secara Otomatik kita support amerika serang Syria. Xpaham aku.mopti2 tolong bg penjelasan, jgn jd mop lantai sudah
Catat Ulasan