Pelakon dan model kontroversi, Persana Avril Sollunda, 33, boleh menghela nafas lega selepas hanya dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Persana Avril dijatuhi hukuman itu selepas disabitkan kesalahan melakukan perbuatan lucah dengan menunjukkan payudaranya di tempat awam pada April tahun lalu.
Majistret Nur A’minatul Mardiah Md. Nor memutuskan demikian selepas tertuduh yang menggunakan nama pentas Shana Avril menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula dalam bahasa Inggeris.
Beliau turut mengenakan syarat tambahan agar Shana melaporkan diri di balai polis berhampiran bagi menjalani ujian urin untuk alkohol dan dadah pada setiap bulan sepanjang tempoh dua tahun berkenaan.
“Saya mengguna pakai peruntukan Seksyen 173A(2)(b) Kanun Prosuder Jenayah untuk melepaskan kamu menerusi bon berkelakuan baik dengan cagaran RM4,000 selama dua tahun. Jika gagal mematuhi syarat tambahan, kamu boleh dikenakan hukuman penjara seperti pertuduhan asal,” katanya ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.
Berdasarkan pertuduhan, Shana didakwa melakukan perbuatan lucah di tempat awam di Jalan Petaling di sini pada pukul 2.07 petang 23 April 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan