Khamis, 21 Januari 2016

Video ucapan Mukhriz dan sokongan berapi penyokong dalam isu Menteri Besar Kedah

(Video) Berikut adalah ulasan Mukhriz Mahathir malam tadi mengenai isu kemelut Menteri Besar Kedah


Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyifatkan cabaran dihadapi ketika ini sebagai kecil dan yakin ada hikmah yang menanti.

Justeru, beliau meminta rakyat Kedah yang menyokongnya untuk bersabar.

Beliau turut menegaskan akan terus berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah selagi rakyat negeri ini mahukan beliau berbuat demikian.

"Saya akan terus berkhidmat selagi rakyat mahukan saya.... saya harap semua bersabar dan percaya apa yang berlaku ini ada hikmah yang lebih besar.

"Allah bersama kita selagi kita ikhlas bekerja.....terima kasih kepada semua," katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokong yang berhimpun di pekarangan Pejabat Perhubungan UMNO negeri di Bangunan Tunku, di sini.

Terdahulu Mukhriz mempengerusikan mesyuarat tertutup, yang dihadiri beberapa pemimpin UMNO dari Bahagian Jerlun.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: