Tertuduh yang dipanggil Pak Su tersebut didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Redang, Bachok, tahun lalu.
Kejadian rogol didakwa berlaku pada jam 6 petang, 30 Oktober, manakala perbuatan menggalakkan mangsa melakukan kelucahan melampau (menunjukkan kemaluan) didakwa dilakukan pada jam 6 petang, 5 November.
Bagi tuduhan rogol, lelaki berusia 38 tahun terbabit berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, sementara dakwaan menggalakkan kelucahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dan tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Kes disebut semula pada 21 Februari depan.
Tertuduh berhasrat melantik peguam bagi mewakilinya pada perbicaraan kes berkenaan.
Tiada jaminan dibenarkan Hakim, Adli Abd Ghalib.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan