Selasa, 26 Januari 2016

Tabung Haji bukan tak nak bayar dividen, tapi ...

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membidas mereka yang mengkritiknya mendakwa ia berdepan masalah membayar dividen kepada pendepositnya untuk tahun lepas, mengatakan pihaknya boleh melakukan demikian selewat-lewatnya sehingga Mac.

Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tidak timbul isu mengenai pembayaran dividen bagi tahun 2015 kepada kira-kira 9 juta pendepositnya, sambil menambah pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Azeez berkata demikian mengulas persoalan dibangkitkan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pagi ini yang menuntut TH memberi penjelasan adakah lembaga berkenaan mampu membayar dividen dan bonus kepada pendeposit.

"Kata pada dia (Mujahid), kita akan umumkan dalam masa terdekat ini, jangan risau.

"TH tiada masalah (bayar dividen). Seperti biasa, kita ada masa sampai bulan Mac (untuk umumkan). Boleh tengok rekod sebelum ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Meskipun begitu, Azeez enggan mengulas lanjut persoalan lain yang dibangkitkan Mujahid dan meminta pendeposit menunggu TH membuat pengumuman dividen.

Beliau turut menyarankan kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH.

Katanya, kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama tahun semasa, iaitu antara Januari dan Mac.

Tambahnya, pihaknya perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.

Katanya, tiada apa yang luar biasa kerana pada tahun-tahun sebelum ini, TH pernah mengumumkan bonus tersebut pada hujung Februari dan awal Mac.

"Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal," katanya.

Oleh itu katanya, para pendeposit seharusnya tidak mengambil serius berita spekulasi itu yang akan mencetuskan kebimbangan.

Mujahid hari ini mempersoalkan kemampuan TH membayar dividen kepada pendeposit kerana mengikut Klausa 22(2)(i) Akta TH, penabung tidak layak menerima dividen jika nilai aset lebih rendah daripada liabiliti.

Katanya, kecenderungan TH menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanannya terkini.

“Dividen TH kepada penyimpan sepatutnya diisytiharkan pada 22 Januari seperti tahun lepas, namun TH tidak melakukan demikian,” kata Mujahid. – 25 Januari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: