Sabtu, 30 Januari 2016

Guru Cemerlang Wanita Rancang Bunuh Perdana Menteri

Selepas seorang wanita yang merupakan isteri kedua pegawai kanan SPRM didedahkan oleh Netizen menggelupur dan terpaksa berhelah kononnya akaun Facebooknya telah digodam dan digunakan oleh pihak lain menyiarkan pelbagai fitnah dan hasutan, sekali lagi warga Netizen mendedahkan tentang perilaku seorang guru wanita yang mengungkapkan kata-kata subversif berorientasikan jenayah.

Guru wanita berkenaan yang dikatakan pernah menerima anugerah Guru Cemerlang dan dikatakan masih bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4. Guru berkenaan berasal dari Kelantan, berdaftar sebagai seorang pengundi di lokaliti Padang Kala, DUN Melor dan Parlimen Ketereh.

Dalam postingnya yang amat menarik perhatian di Facebook, guru wanita yang berusia 36 tahun itu menyiarkan sekeping gambar kenderaan yang dinaiki oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru sahaja keluar dari pekarangan Istana Negara dan digiring oleh beberapa orang anggota polis trafik.



Katanya, “Huk aloh dia ni… nk kalah kt semua negeri kot…naik DAP esok mula2 skali bom jer dia ni ya… kalau naik PAS potong kaki tangan pastu hukum bunuh jer..mmg hukuman kt dunia lag itulah yang selayaknya.”

Kenyataannya itu mendapat kecaman daripada warga Netizen yang menyifatkan wanita itu tersangat biadap dan sengaja mengundang natijah tindakan undang-undang ke atasnya. Malah ada yang beranggapan, wanita tersebut sedang mencabar undang-undang terutama yang berkaitan dengan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah menjanjikan satu siasatan menyeluruh akan dibuat ke atas guru tersebut termasuklah kenyataannya di Facebook.

sumber asal:
http://pilihan-anda.blogspot.com/2016/01/guru-wanita-cemerlang-rancang-bunuh.html

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

zamani berkata...

Sedangkan obama pun lagi teruk di hina dan di ugut dalam dunia maya tak ada plak dengar ada yang kena tangkap.

mansor berkata...

aoalah biadabnya... perdana menteri lagi biadab...kenakan GST kepada rakyat yg susah...peguam negara lagi biadab tak siasat betul2 kes2 yg melibatkan perdana menteri dan menteri2....orang melayu sibuk dengan adab akhirnya sekeping demi sekeping tanah melayu hilang kepada asing...tak biadab ke bangsa yg menghancurkan amanah....kita bakal dikutuk oleh cucu cicit kita kerana tak reti memahami adab....

Tanpa Nama berkata...

guru pun manusia biasa...bila dah tak tahan sangat dgn tekanan hidup akn terkeluarlah isi hati dn perasaannya...tmbah plk dia tu prmpuan. klu pm brsikap trbuka maafknlah cgu tu.