Sabtu, 30 Januari 2016

Dakwaan Rafizi bakal gegar "skandal" Tabung Haji

Alasan Tabung Haji (TH) kononnya mempunyai aset anak syarikat yang banyak untuk menampung rizab yang negatif sebenarnya adalah aset-aset Bank Islam berjumlah
RM41.683 bilion yang digabungkan dalam kumpulan TH.

Sehubungan itu, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berharap kepimpinan TH berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan berselindung di
sebalik terma-terma kewangan yang cuba menyembunyikan situasi sebenar.

more

“Penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan Tabung Haji telah mempunyai rizab negatif yang bermakna ia tidak
cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen/bonus.

“Jangan gali lubang tutup lubang - bergantung kepada Bank Islam (yang jaga simpanan rakyat) untuk tampung rizab Tabung Haji yang negatif,” katanya.

Merumuskan butiran penyata kewangan TH yang telah diaudit, beliau berkata, aset-aset anak syarikat TH adalah tidak cair dan tidak boleh ditunaikan segera
kerana berbentuk pinjaman yang diberikan oleh Bank Islam kepada pelanggan dan Kerajaan Persekutuan.

“Malah, aset-aset ini tidak boleh digunakan bagi tujuan lain kerana ia perlu menanggung hutang Bank Islam berjumlah RM44.692 bilion iaitu jumlah simpanan
rakyat yang didepositkan dan tanggungan polisi takaful.

“Untuk memenuhi tanggung jawabnya membayar kembali simpanan rakyat yang menabung dengannya dan membayar dividen atau bonus, Tabung Haji tidak ada pilihan
lain kecuali menggunakan dana dan asetnya sendiri,” jelasnya.

Rafizi turut mengulas reaksi Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebelum ini yang menafikan TH mengalami masalah kewangan bahkan akan mengambil
tindakan undang-undang ke atas pihak yang mengedarkan surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 23 Disember 2015.

“Saya kesal kerana Datuk Seri Azeez Rahim bersembunyi di sebalik kenyataan rasmi Tabung Haji bahawa kononnya walaupun rizab Tabung Haji adalah negatif,
itu tidak menjejaskan kedudukan kewangannya kerana nilai keseluruhan aset anak-anak syarikatnya adalah lebih besar dan mampu menampung keperluan kewangan
Tabung Haji.

“Kenyataan ini seolah-olah cuba mengelirukan rakyat terbanyak yang kurang arif dengan laporan kewangan,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, BNM melalui surat kepada Azeez yang kemudiannya viral di media sosial antara lain memaklumkan bahawa kedudukan paras rizab TH yang negatif.


Pada tarikh sama juga, surat daripada Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula
memberi amaran bahawa status kewangan TH boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan memandangkan simpanan deposit di TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.


“Suasana pasaran ekonomi dan operasi yang lebih mencabar serta perkembangan saiz dan kompleksiti operasi LTH (Lembaga Tabung Haji) memerlukan Lembaga Pengarah
memainkan peranan pengawasan yang lebih berkesan.

"Dalam hal ini, pengetahuan teknikal dan pengalaman dalam bidang kewangan adalah amat penting,” kandungan surat tiga halaman itu dipetik.

Bimbang dengan kedudukan kewangan Tabung Haji (TH), Rafizi menyarankan Abdul Azeez mengadakan sesi taklimat terbuka kepada para pendeposit.

Menurut beliau, Abdul Azeez perlu bersedia untuk menjawab pelbagai kemusykilan rakyat sekiranya benar kedudukan kewangan TH kukuh seperti didakwa.

“Saya akan hadir sebagai salah seorang pendeposit kerana separuh dari simpanan hari tua saya adalah di dalam Tabung Haji,” ujarnya dalam satu kenyataan
hari ini. -malaysiadateline

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: