Sabtu, 30 Januari 2016

Rakyat Sarawak wajib berubah 30 April ni

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan Sarawak bakal mengadakan pilihan raya negeri Ke-11 (PRN-11) pada 30 April ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak turut mengumumkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon.

Adenan mengumumkan kedua-dua tarikh itu dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN-11 Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok Kuching, malam Jumaat.

"Saya sudah bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memutuskan untuk menetapkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada 30 April," katanya seperti dilapor portal Mstar.

Bagaimanapun, menurut laporan portal itu, Pengarah SPR Negeri, Datuk Takun Sunggah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.

Adenan bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: